Wednesday, December 15, 2010

Sosej Kacang Panggang

Just a simple dish untuk dinner sebab dah lewat balik rumah dan kepenatan teramat pi cari barang sikit....x masak nasi...pastu wat salad sikit....semua anak2 guuummmbirraaaa....diaorg mmg suka la dish ala barat camni....1 packet cocktail sausage habis masuk perut...hehee....Resepi dari Buku Senangnya Memasak Makanan Barat Chef Hanieliza nih...Ni pun baru je lepas bakar kek pulak...hehee, baru jek keluar dr oven...muahahaha...penat tp rajin la kot...hehe

SOSEJ KACANG PANGGANG
Sumber: Buku Senangnya Memasak Makanan Barat
Bersama Chef Hanieliza

Bahan:-
  • 1 tin kacang panggang (x kesah la tin kecil ke besar ke..)
  • 10 batang sosej dipotong pendek (akak guna blackpepper chicken cocktail)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 tin cendawan butang - dihiris nipis
  • 1 biji capsicum merah -> )
  • 1 biji capsicum hijau -> akak letak separuh jek ) dipotong dadu
  • 1/2 biji capsicum kuning - ni akak tambah )
  • 1 labu bawang besar )
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan sosej dan gorengkan hingga garing.
  3. Masukkan sos tomato dan cendawan butang. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan kacang panggang, semua capsicum dan gaul rata.
  5. Hidangkan bersama roti bakar atau garlic bread. (kitaorang makan camtu jek..hehe)

6 comments:

Fiza Amran said...

waaa... ok idea untuk bfst esok nie

SweetySue said...

wah...sodap nih....:)

Yan said...

Salam Kak Ummi,

anak2 saya sure suka masak camni pasal ada sausages..

Yati Ali said...

salam kak ummi, boleh buat b/fast esok..hehehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mcm nak cuba je ni kak ummi... nampak sedapp!

azila said...

salam..tq k.ummi.ni cara baru nak mkn red beans, pasti try:)