Wednesday, December 15, 2010

Kuih Talam Lapis Keledek

Malam kelmarin, akak saja2 try n error jek kuih lapis nih....tengok keledek warna oren tu ada beberapa ketul tergolek jek dah lama dah....Belek2 buku Aneka Talam dan Lapis Kak Liza, tp xda pulak guna keledek....so akak main agak2 je la letak bahan semua nak disesuaikan dengan keledek yg dilecek tuh....Santan pun taram santan kotak dan adjust tambah santan serbuk segala pulak....Rupanya menjadi sangat, bawak ke ofis sikit pg semalam sebab anak2 x layan sangat, akak n hb jek makan....waaaa semua kata lembut dan sedap jek...hehe. Cuma kurang nampak berminyak kuih tu sebab menggunakan santan kotak je tuh...ok la kan...janji leh makan dan memang tersangat sedap!

potongan kuih kurang cun, sbb ngada2 guna cutter bergerigi (jenis plastik)...konon nak kasi lawa..hehe

KUIH TALAM LAPIS KELEDEK

Resepi Diubahsuai: Ummi @ Home Sweet Home
Sumber: Buku Aneka Talam dan Lapis Chef Hanieliza

(dalam buku tiada yg menggunakan keledek)

Bahan A:-
  • 2 1/4 cawan santan (sbb ada stok santan kotak 1 cawan je, akak tambah lg 1 1/4 cawan air dibancuh dgn 4 sudu besar santan serbuk = gaul sebati kedua2 santan)
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh garam halus
Bahan B:-
  • 1/2 cawan keledek rebus yang dilecek
  • 1/3 cawan air
Bahan C:-
  • 1/3 cawan air
  • beberapa titis pewarna kuning/jingga
Cara-Cara:-
  1. Campurkan bahan A dan bancuh sebati. Tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Campurkan bahan B ke dalam salah satu bahagian dan kacau rata/sebati.
  4. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata/sebati.
  5. Panaskan periuk kukusan dan loyang 5 x 5 inci yang dialas dengan plastik/disapu sedikit minyak.
  6. Tuangkan 3/4 cawan adunan keledek dahulu dan kukus selama 8 minit.
  7. Kemudian lapiskan dengan adunan kosong dan kukus selama 10 minit. Selang-selikan adunan dan tambah masa kukus setiap lapisan kurang lebih 2 minit lg setiap lapisan.
  8. Untuk lapisan terakhir, kukus kuih selama 15 - 20 minit.
# Balut penutup kukusan dengan kitchen towel untuk mengelakkan air wap jatuh ke atas permukaan kuih semasa mengukus.

3 comments:

Mas said...

cantiknya talam lapis keledek tu...pandai akak buat....mesti rasa lemak2 santan dan manis keledek tu kan kak....sedappnya....nak sepotong boleh....

Unknown said...

wah kreatifnya akak...letak keledek pulak tu...sedapnya nengok....:)

Mat Gebu said...

kak ummi, lawanyaa set cawan akak kat belakang tuu...perghhh...