Saturday, December 25, 2010

Sausage Ala Teriyaki

Semalam anak2 sedara ada datang ke rumah akak buatkan sausage teriyaki ni tuk diaorang makan2 gitu je laaa....Masak tengahari semalam. Pastu akak masak meatballs in tomato sauce tuk makan dengan pasta...nanti akak letak resepi tu eh...xdan nak update... Ni pun akak letak auto-publish jek nih....entry keluar ni akak dah kat kampung dah rasanya....hehee.. K, x kuasa nak bebelsss banyak2...Layan dulu resepi sempoi tp marbeles nih..hehe..kanak2 pasti suka dan girang lepas makan nih...hahahhaa

SAUSAGE ALA TERIYAKI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 paket chicken cocktail - (boleh gantikan dengan apa2 sosej jgk)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap ABC Heinz
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil cuka
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk tumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan sosej dan kacau sebentar.
  3. Masukkan kesemua jenis sos dan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  4. Kacau balik sosej hingga kuah pekat dan melekat-lekat pada sosej.
  5. Angkat dan hidangkan.

9 comments:

fara dean said...

salam kak..
kreatif la..pelbagaikan sosej ..
nampak sedap sangat

hani said...

hai kak ummi...mmmg enak laaa...bak mai sikit..ngeeee

Citarasa Rinduan said...

kak ummi nie mmg bijak
ayu kan ada something nak kongsi..

nanti bila dah menjadi ayu upload pic n entry...
hehehehe

Uncle Lee said...

Hello Ummi, I love sausages....satu tin boleh habis....those mini ones like here what you made.
But ta'pernah makan teriyaki style. But looks very sedap best....

Ummi, here's wishing you and all at home the very best of Seasons greetings. Happy holidays, Lee.

Mat Gebu said...

Waaaaa....mcm bess jeee..kak sosej ni kan mmg kalau lepas masak dia "kecut" kan..ahaks, sabau jee aku.

azila said...

patut senyap jer k.ummi, balik kg upernya.sedap kalo ratah2 ni:)






Dr.Sameena Prathap
said...

Hey,

Yummy teriyaki...:)

Dr.Sameena@

http://www.myeasytocookrecipes.blogspot.com/

ibu soima said...

salam..ermmm best,,nyerr

♥LOVE2COOK♥ said...

I have no comments...just drool at that inviting sausage! yummm yummm! :D