Friday, December 24, 2010

Chicken 65

Sehari dua ni akak masak sempoi2 jek....hujan2 ni balik kerja, rasanya sejuknya laaa....malas rasa nak ke dapur....tengok jam kul 6 ptg pun dah mcm jam 7.30 mlm....isshh! Okay la saja nak tayang resepi yang dah ramai pun geng blogger buat nih....Resepi akak ambil dari Jay @ Tasty Appetite nih....Jay, thanks for always dropping by and leave comments at my small kitchen...Hope you don't mind me to share and translate this Indian Cuisine recipe right here....It's simple, yet sooo delicious!!! 2 thumbs up!!

CHICKEN 65
Sumber: Jay @ Tasty Appetite
Dirujuk dan alihbahasa oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 kg. isi ayam - dipotong kecil
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 2 biji telor - diambil bahagian putihnya
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar pes halia + bawang putih (ginger garlic paste)
  • 1 sudu besar yogurt
  • 1/4 sudu kecil pewarna makanan (akak letak kuning)
  • garam secukup rasa
  • Minyak untuk goreng terendam
Cara Memasak:-
  1. Basuh bersih isi ayam dan potong kecil-kecil.
  2. Campurkan serbuk cili, serbuk lada, garam, cuka, jus lemon dan perapkan dengan isi ayam selama 30 minit.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung jagung, tepung gandum dan putih telor dan sebatikan jadi adunan pekat.
  4. Celupkan ayam yang diperap tadi.
  5. Panaskan minyak dan goreng terendam dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan rangup.
  6. Angkat dan toskan di atas kertas tisu dapur. Ketepikan.
  7. Tinggalkan 2 sudu besar minyak, masukkan pes bawang putih halia dan kacau hingga kekuningan.
  8. Tambah yogurt dan pewarna makanan dan kacau sebati. Masak hingga agak pekat.
  9. Masukkan isi ayam tadi dan masak dengan api perlahan. Kacau dan masak hingga isi ayam menyerap dan jadi kering sikit.
  10. Taburkan dengan daun kari dan kacau sebentar. Angkat dan hidangkan.

7 comments:

ADfeez said...

sedapnya ummi.... hehehe :D

Mat Gebu said...

Waaahh, mcm ter sedap jeeeee...hehe.

Sally said...

kak Ummi kenapa di panggil chiken 65..???

Subhie Arun said...

sedapnya...frst time kat...wow recipe semuanya sedapnya sedap....glad to follow u

http://subhieskitchen.blogspot.com/

♥LOVE2COOK♥ said...

Sedapnye chicken 65 tuh kak!!! Love nak tapau!!! :D

Ibu Mifzal Arsyad said...

menarik n nampak cam sgt lazat..

Yatie said...

Salam Kak Ummi,
Wow mwngodanya ayam 65 akak ni..nape namanya ayam 65....masuk list ni...menyelerakan tul..