Sunday, July 29, 2012

Ikan Tilapia Cili Boh

ASSALAMUALAIKUM...

Okeh lah hari ni xnak tulis panjang2 sangat laah...byk kerja menanti, kebetulan lah hari cuti ni ada masa sikit nak update...xpun ntah laa.. Ni cara masak ikan biasa-biasa jek macam ikan sambal lain yang akak buat jugak, cuma kali ni akak letak cili boh. Sebenarnya akak jarang beli dan guna cili boh dalam masakan sbb cili boh sedikit pahit dan kurang pedas sebenarnya ditambah pulak ada pengawet. Kenapa ada pahit2 sikit gitu eh?

Baru ni beli kat Pasar Tani, peniaga tu kata cili boh ni sedap, x pahit dan masam sangat dan buatan Perkumpulan Wanita area Kg. Pandan Kuantan katanya..so akak try masak ni...sapa nak cuba boleh laa...sedap cili boh dia...so you all kena cari cili boh yg sedap la eks...hehe. So untuk bezakan jenis masakan ikan sambal biasa-biasa akak buat tu, akak letaklah nama Tilapia Cili Boh... ^__^

Sorilah gambar pun kurang menyengat...hehe..dah petang sangat, menu kelmarin2 daaa...

IKAN TILAPIA CILI BOH

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan tilapia sederhana besar
  • 1 bij bawang besar - mayang kasar
  • 3 sudu besar cili boh
  • 10 biji cili padi *
  • 2 biji cili merah *
  • 3 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk lumat)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ikan dan gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Goreng terendam hingga garing sedikit. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 4 - 5 sudu besar dan tumiskan bawang besar sebentar hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan cili boh, kacau atas api perlahan hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan dan gaul rata sekejap. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

9 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

intai resepi utk buka puasa kat sini ye kak ummi

Nina Suria said...

salam Ummi dear, memang rajin tahap semut api la awak nie, pinjam semangat rajin mu it, bole?

pssssstttt pasti sedap makan ikan nie ngan nasi minyak Sultan panca warna tu kan... emmmmmmm nyumnyumnyumnyum

tun_telani said...

kak ummi cayanggg... tun mmg hantu masakan cam gini.. lagi2 ikan tilapia mmg senang sgt nk cari kat sini. harga pun xmahal sgt.

ps: tun mmg pakai cili boh beli. kurang kerajinan nk blend cili kering tu. kalau mak mertua dtg je baru blend cili.. haha

adda syuhada said...

kalau masak ikan talapis cmni..selalunya yg kuah2 tu dulu yg hbisnya..sedap gaul ngn nasi panas2..

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Ummi,
kalau akak kata sedap, mmng sedaplah..Yatie pun tak pernah guna cili boh bila memasak..kalau menu mcm ni mmng sedapkan kak makan panas2 dngn nasi putih..menyelerakan menu akak ni..

Gee® said...

Kalau K.Ummi yg masak, cili boh ke cili giling ke cili blender ke sume sedap kannnnn.... heeeee

zila norazila said...

salam syg kak umi,
wahhh asal cili ..semua orait jew kak..zila klu dh ptg..sampai umh lewat plk tue ..mmg taram cili boh jew..dh x leh nk pikir bland2 laada..rasa mcm dh x sempat jew kak:)

LinRosly said...

Assalamualaikum Kak Ummi Cayang,
Sedapnya....nyummm....
bila agaknya Lin dapat merasa masakan Kak Ummi ni yer...

lavenderlover said...

sdnyer..yum2..hehe