Monday, February 21, 2011

Jemput-Jemput Udang Kering

Salam....hari akak xda apa sgt nak share citer...citer basi ada laa..hahaha....citer makan jemput-jemput pagi semalam je....baru ni nak posting....que byknyaaa....bz sungguh kalau duk rumah...sampai letih malas lak nak on9...sedap jek landing kat dpn tv eks...hehehe...Okay laa...layan jemput jek laaa..ni pun dh lambat punya entry...patut pagi2 tadi kan..petang2 tayang lauk...hehee...ah gasak laaa....kot ada yg nak buat jemput-jemput petang nnt kan...jemput-jemput ni mmg lembut, tidak berminyak dan lembut hingga ke petang....hehe, layaannn...



JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan (anggaran):-
  • *1/2 kg. tepung gandum
  • *1/2 sudu teh baking powder (*diayak bersama)
  • 1 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 tangkai cili merah - dicincang
  • sedikit daun bawang
  • 3 sudu besar udang kering (yg fresh) - rendam dengan air panas dan tumbuk kasar
  • air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan)
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak untuk goreng terendam

Cara-Cara:-
  1. Campurkan tepung yang diayak dengan soda tadi bersama garam, serbuk kunyit dan gaul rata.
  2. Masukkan air dan gaul sebati dan seimbangkan rasa garamnya.
  3. Kemudian masukkan bawang, udang kering, cili dan daun bawang, gaul rata biar sebati dan adunan biarlah lembik sedikit (untuk dapatkan jemput-jemput yang lembut).
  4. Panaskan minyak dan jemputkan adunan (*kena cepat2 jemputkan kerana adunan lembik) dan masukkan ke dalam kuali.
  5. Balik-balikkan selalu agar jemput elok masak dan rangup. Bila kekuningan, bolehlah diangkat, toskan dan hidangkan dengan sos cili kegemaran.

10 comments:

farah fauzi said...

i loike..ptg nih buat jugak la..

effa_dila said...

yummy2. sedapnye. boleh ke kalau poskan ke sini. assgment sy belambak kat uni ni. nak buat jemput2 pon x sempat. sadis. huhu

anymz said...

assalam ummi..sedapnya buat ni utk minum ptg...makan dgn sos cuka..perghh..kalau musim hujan memang best betul ni..

Nana Aris said...

orang kat sini tgh makan jemput bilis..hehe

kakchik@ella said...

As salam kak ummi. lamanya kakchik tak buat cokodok udang.

tengok kat sini tetiba teringin nak buat. thnks for sharing this kak.

Mas said...

wahh..jemput2 udang..
mas suka...
sedapp cicah ngan sos @ kuah kacang kan kak...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

jemput2 ni tak kisah wt breakfast ke minum petang ker.. mesti laku punya... janji ada sos! hehe...

Yatie said...

As salam K.Ummi,
Jemput2 ni tak kira waktu kak nak makan, pagi, tengahari, petang atau malam...kalau rasa nak makan terus jek godek2 tepung.....fuhhhh makan panas2 mmng sedap cicah sos kegemaran....betul tak?????...hehehhe...

Delima said...

saya selalu buat ni petang2.. cicah dgn cili api kicap.. lazatsssss

Cinta Misteri said...

tengah cari juadah makan petang. fikir2 kat dalam esbok ada udang kering, search kat google jumpa blog ni.
nak buat ptg ni jugak