Wednesday, February 16, 2011

Ayam Lemak Merah Dengan Karot

Haiiiii...dah siap makan ke semua....makan pagi ke makan tengahari...hehee? Xpa laa..makan je laa..asal jgn pengsan x makan sudah la eh... Okay, meh la layan lauk yang akak dah x reti nak menggayakan ayam ni ha...last-last ini lah jadinya.....apapun, sangat-sangat sedap taaauuu, x caya try laa....best sungguh! Biarlah org kata masuk bakul angkat sendiri pun....kebenarannya sudah begitu, kena la cakap kan..kan...Ni Aiman yang duk kata, "lauk mak masak td tu sedap" selepas dia makan lauk ni...hehe...ya laa, selalu lemak kuning, tp kali ni merah2 oren sikit guna cili merah laa...hehee...Layaannn...

AYAM LEMAK MERAH DENGAN KAROT
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - dipotong 6 atau 8 bahagian - bersih dan toskan.
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 batang karot - dipotong bulat/ikut suka
  • 1 keping asam gelugor
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Kisar:-
  • 2 - 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci belacan - dibakar dulu
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan bahan kisar dan serai dengan api sederhana perlahan hingga cili masak sedikit.
  2. Masukkan santan cair dan biar mendidih sekejap.
  3. Masukkan ayam dan asam gelugor. Kacau balik perlahan dan biar ayam masak.
  4. Masukkan garam dan karot. Seimbangkan rasa.
  5. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau rata. Biar mendidih sebentar sambil dikacau. Tutup api dan kacau lagi sekejap, agar santan tidak pecah minyak.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.


5 comments:

Misz-ella said...

Slm kak ummi. Kakchik biasanya padankan dgn ubi kentang. ada karet dlm peti ais. Blh la cuba nih.

NoorMasri said...

ermmmmm.....sedapnya!

azila said...

sedapnya k.ummi..tp yg kagumnya tang carrot tu pon still k.ummi buat corak2 bunga kan..sgt rajin:)

Mas said...

sedappnya ayam tu..
nak semamngkuk kak..he..he..
wat dinner malam ni..he..he..

harleena said...

belum makan tengahri. tak masak lagi. Nak mintak lauk ayam lemak merah sikit..