Sunday, February 6, 2011

Jemput Bilis Daun Kunyit

Salam.....ok masih nak letak entry tertunda masak2 kat kampung lg nih...wpun dah balik rumah, tp bz melayan permintaan anak2 dan kerja2 rumah segala....semalam pun bz, pagi sibuk wat breakfast, wat kek marie batik dulu, siap masukkan dlm fridge, pastu pergi kenduri balik dah kul 2 lebih. Sempatlah buatkan roti di samping kek marie batik tu untuk bekal anak-anak dara yang dah pun ke Gombak lewat petang semalam...jalan jammed giler katanya...lama duk kat Tol Bentong tuuu...aiissh baru hari Sabtu, tp jammed gak! Dah hampir kul 11 mlm baru diaorg sampai Gombak. So, pagi ni Najwa akan hantar Najiha ke Shah Alam sebelum balik terus ke Arau...huhuuu...sunyi pulak laa...petang ni Abglong pulak balik...

Apapun layan dulu jemput2 masa akak buat kat kampung baru-baru ni, disamping ubi rebus tu..hehee...Ni ikut bahan apa yang ada je la di kampung...

JEMPUT BILIS DAUN KUNYIT
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan (anggaran):-
  • 1/2 kg. tepung gandum
  • 1 cawan ikan bilis - dimesin separuh hancur
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1 tangkai cili merah - dicincang halus
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus2
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya (adunan mesti lembik sedikit, jika nak jemput lembut)
  • minyak masak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak. Adun dan kacau sebati. (Pastikan adunan tidak kental, biar lembik sedikit). Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  2. Panaskan minyak dan sudukan ke dalam kuali (tp akak x pandai guna sudu, akak jemputkan adunan dengan jari-jari ku aja...hehee)
  3. Goreng dan balik-balikkan selalu hingga nampak kekuningan.
  4. Angkat dan toskan, hidang dengan cili sos kegemaran.

4 comments:

mamawana said...

lovely and sedaplicious.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Memang sedap...tak pernah cuba plak guna daun kunyit ni. Ingat nak cuba la nt.

Naz said...

Salam Kak Ummi
Cam sedap jer..Macam terbau2 lak daun kunyit tu..

Marina Monroe said...

Salam ziarah, memang sedap buh hirisan daun kunyit..