Friday, February 18, 2011

Strawberry Milk Fresh Fruit Pudding

Salam....Sebelum kalian semua menutup mata dan mimpi yang indah-indah, jom jamu mata dengan pudding sempoi ni dulu...teramat senang dan pernah buat dah dulu kat Sini....Idea asal dari Maz@IlhamDapur....tapi kali ni akak tukar pulak kepada susu segar berperisa strawberi...yang lain-lain tu ada la adjust sikit...Akak buat ni semasa birthday adik n anak sedara hari tuh...cepat betul licin...ni petang tadi Aiman dah request suh buat lagik...dah buat lagi daahhh..hehe...

STRAWBERRY MILK FRESH FRUITS PUDDING
Resepi : Maz @ IlhamDapur
Adaptasi : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan (tiada sukatan tepat)
  • 1/2 tin susu cair
  • 50ml susu segar (*kali ni akak tukar susu segar perisa strawberi)
  • gula secukupnya (ikut selera nak manis macamana)
  • sedikit garam (nak bagi rasa lemak yang seimbang) (akak x letak nih)
  • 1 sk. esen vanila (*ni akak tambah)
  • 3 sudu besar whipped cream (*ni akak tambah)
Buahan segar secukupnya (didadu kecil) :-
  • buah kiwi
  • strawberi
  • mangga
  • pisang
  • atau boleh guna apa-apa buah yang sesuai
Cara-cara:
  1. Masukkan susu cair dan susu segar dalam periuk, panaskan dengan api perlahan. Masukkan gula dan sedikit garam (sikit je ye). Kacau sehingga sehingga gula larut. Padamkan api.
  2. Sejukkan dulu susu, masukkan whipped cream dan masukkan buahan yang telah didadu tadi. Sejukkan dalam peti ais (bukan sejuk beku ye).
  3. Masukkan buahan segar tadi dalam cawan atau bekas yangs sesuai, tuangkan susu cair tadi hingga menutupi buah. Sedia untuk dinikmati.

16 comments:

kakchik@ella said...

simple je ye kak. ela tgk pn dh terbygkan kesedapannya, nak pulak kalo sejuk.

kat restoran RM15.90 nih. hihi ..

faa rosli sulaiman said...

sedap gile gile..

lagi2 kalo makan tyme panas2..

wahhhhh..nikmat nikmat

MamaFaMi said...

Ummi keji tau. Kita dah nak tidur dah ni. Dah nampak bendaalah ni, dah tak tahan. Jap lagi kita nak off laptop, kita nak turun bawah, nak tuang susu stoberi pas tu nak hiris banana je. Dahnya, itu je yang ada. Kejam tol aa...

cek chun said...

mau dok mimpi benda ni malam nih :)

Anitafasha said...

Mesti sedap ni.. Agi pon berkhasiat. Nanti nak try ar..

Uncle Lee said...

Hello Ummi, I before and today thought da salah masuk blog, as you have changed your profile pic.
I thought da masuk Indonesian bintang blog, ha ha.
You look real nice in the profile pic, Ummi.

And this dessert....looks so delicious.
Bila tengok TV, have this in the hand, ahhhh, sedap best tu!

I love your tenggiri masak hijau. Macham kena torture look at the dish....I love ikan tenggiri....
Saya copy gambar ni, okay?
Bila naik angin will display it, credit you.
Have a great weekend, Ummi.
Best regards, Lee.

CikGu NOr said...

salam..saya trus dapat bayang sejuknya bila masuk anak tekak ni

Mama Hanim said...

kalau dpt makan tu mmg bestnya..yummy..

TERBARU
(Gambar) Bayi 18 Bln Alami Pendarahan Otak Serius, Patah Kaki Disyaki Didera Pengasuh Di Mantin N9

may said...

Thanks Kak Ummi, I will keep it up,oppss..sorry..I started my blog with english but met many chinese friends, so I changed it to chineselah... huhuhu..anyway, I still can learn lots from your blog. Hope one day will meet you in Kuantan, hahaha. I am staying in Tok Sira, where is Kak Ummi staying ? Kuantan is such a small town, maybe we met but we don't know each other, I saw there was a demo from chef hanieliza at Megamall and I really missed lah, I also bought the book 1 hari 1 resepi.

ijan said...

Salam Kak Ummi,
Amboi sebelum tidur sempat lagi tayang dessert ni... happy weekend kak Ummi. mmuahh!

Nieza said...

perghhh sedapnya kalau kena cuaca panas tu kan kak ummi...kat sini tgh sejuk beku lagi nanti tunggu summer time baru nk try...tapi kalau ada dpn mata ni belasah juga..hehe

Mat Gebu said...

pENGSANNNNNN >_<

Abah Yie & Ummi Na said...

baru2 ni saya ada juga buat dessert mcm ni :) mmg sedap. lagi2 kalau makan waktu musim panas.....sedapnya. segar je tekak ni

~ yus ~ said...

terliur tengok ni..huhu, nnti nak cubalah..

Aisyah said...

salam ukhwah....wah...dah terliur saya lihat gambar dessert tu ..kena cuba ni..yummy..yummy..terima kasih kerana kongsi cerita ini.

Ummi said...

kakchik@ella -
Aah mmg simple tp delicious lah kakchik..

Faa Rosli Sulaiman -
Hahaha..jgn lah lepas makan jadi gila2 pulak...mmg panas2 ni nak yg sejuk2 jek kan..

MamaFaMi -
Uikkss Mama dah nak tdo pun nak makan lgk...cuci mata dah la Ma..makan tghri la baru sedap..makan sejuk2 memalam ni x elok..hehe

Chek Chun -
Hahaha...xpa la mimpi malam..siang boleh buat kan..

Anitafasha -
Yup semua buah2an segar...mesti berkhasiat kan..

U.Lee -
Hi Lee...hahaha.. I just laugh when reading your comments...tq, tq.. Are you looking for angpow or your ex-Indonesian movie star?? hehe..Yep, that's me, there's no other one than me...hahaha..
Okay Lee, you can have that picture of Ikan Tenggiri Masak Hijau, my pleasure!

Cikgu Nor -
Aah la kan...mmg sejuk rasa tekak..hehe

Mama Hanim -
oleh itu, buatlah mama Hanim..hehehe

May -
Tq for your compliments...Hope we can meet up one fine day..hehe..I stay at Chenderawasih right now..Yep, I was there with Kak Hanieliza that day which is her 2nd time cooking demo...Actually, we're closed friend since I started blogging...she encouraged me a lot! Nice knowing you, May!

Ijan -
Hehe..saja goda2 orang...muaaah to Ijan jgk..

Nieza -
Nampaknya kena tunggu summer la baru leh buat eh...xpun sejuk beku lak badan..hehe

Mat Gebu -
Apasaiii ko....pengsaan?? hahahahha

Abah Yie & Ummi Na -
Mudah je kan dessert camni...anytime leh buat..

Yus -
Cuba jgn x cuba..eh

Aisyah -
Salam ukhwah, terima kasih sudi singgah dapur akak..dessert ni mudah sangat...tp sedap..