Sunday, January 11, 2009

Strawberi Coklat

Ahad lepas Najiha keluar dengan geng dia Ummi pesan lah belikan buah strawberi yang besar dan segar2 sikit kat Carrefour...tapi bila dah letak dalam fridge tu hampir terlupa lak, nasib x layu terus..masa nak tu..ya ya jee nak buat masa tu gak..hehe..Ummi pun buatlah dessert paling senang dan paling sedap la kaannn...hehe...Ni ikut cara dayang_jack@MR tuuu...
Bahan (15 - 20 biji):-
  • 15 - 20 biji buah strawberi segar - cuci dan lap kering
  • 70 - 80 gm coklat masakan (dihiris kecil)
  • 1 sudu besar gula aising
  • 2 sudu makan susu segar
  • 1 sudu besar marjerin/mentega

Cara Menyediakan:-

  1. Satukan semua bahan di atas kecuali buah strawberi di dalam mangkuk tahan panas.
  2. Panas dan cairkan bahan ini secara "double boiler" dan kacau perlahan. Bila semua telah larut, tutup api dan sejukkan.
  3. Celupkan buah strawberi satu persatu ke dalam coklat tadi dan letakkan di atas kertas foil/kertas silikon.
  4. Kemudian simpan di dalam peti sejuk seketika (x sejukkan pun xpa, sebab coklat tu akan keras sendiri pada suhu bilik)
  5. Siap dan sedia untuk di"ngaapppp"...hehe

3 comments:

Aymy with love said...

Skang pun my dotter demam strawberry.. ari2 pi sekolah nak bawak bekal strawberry.. kena pulak dapat yg manis sket.. lagilah best..

rossana said...

emm..ummi..nyumm3x...sedapnya...
patutla siti nurhaliza sukee...he..he..

shada said...

tak pernah mkn, igt nak cuba lah nnti...:)