Saturday, January 3, 2009

Kek Kukus Velvet Hawflakes

Sebenarnya ni projek minggu lepas dah..duk tertangguh je nk posting..Ummi buat untuk bekal Najwa dan bawak balik ke kampung sikit. Terliur tengok kat rumah Zana aritu, resepinya asalnya dari kakFida@MYR tu..nampak pun memang senang..cuma nak mengukus selapis-selapis tu je yang ambil masa...buat dah malam..kul 12.00 malam baru siap...Nasib la esoknya tu cuti kan..Tapi memang sedap..!! Ni nak C&P je lah ya Zana..thanks!!
Bahan:- (ummi guna loyang bulat 8 inci)
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus (ummi just letak 200gm juga)
  • 220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil rata baking powder (*ummi x letak sb guna tepung naik sendiri)
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak (ummi guna 125 gm butter - cairkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama (*ummi letak merah dulu menggunakan 5 sudu makan setiap adunan) dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.

Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

9 comments:

drNO said...

nak try resepi ni pulak.
sebelum ni saya dh penah buat kek lapis haw flakes ni, tp resepi tu xguna tpg gandum, tp guna biskut yg dimesin, hasilnya kek tu lembap skt..x la nmpk lawa mcm kak ummi ni.
tak pun sbb air tangan kak ummi kot...tu sentiasa nmpk cantik n yummy...:)

sALLy said...

wow..sedapnya tgk kek lapis ni..bila la nk rasa air tgn Kak Ummi ni ekk..hari ni hujan xhenti2..dah 3hari dah kan..aduhh,kan best kl ada org yg masakkn utk Sally hehe..(ini M syndrome ni..)

Lidia Sianturi said...

looks so yummy and cantik...
met th baru ummi...

payarumput21 said...

Salam KakUmmi..

Teringat time dok di labuan dulu.. ni ler kek kukus lapis pertama yang saya belajar buat..

Lapis pertama.. lapis kedua.. lapis ketiga.. masuk lapis keempat.. dah tak larat nak nunggu.. bukkkkkk!!! curah semua adunan.. hah.. amek kau.. kukus la sampai masak..

But.. memang sedappp.. lama tak buat.. :) Cuma bab kukus selapis2 tu je yang lemah..

VG said...

Vin buat guna cream crackers...first time tengok with flour, Nampak betul2 gebu Kak Ummi. Yum!

ummi said...

DrNo - Tu lah akak pun..sebelum ni penah buat kek lapis hawflakes guna biskut yg dikisar..sepatutnya kukus, tp akak bakar, jd dry sikit..This one very satisfied! Lawa ke? Hehe..campuran kaler tu buat menarik kot..hehe

Sally - tu lah asyik hujan jek..nak jalan ke mana2 pun maleh..tu pasaii duk masak je lah..hehe..Eh maid ada, lg senang boleh bantu..lainlah akak ni sume nak kena buat sendiri!! :((

Lidia - Haiii..Happy New Year to you too..Yeap, this one is really yummy, x cukup makan ramai2 :D

Payarumput - Hahaa..akak pun penah buat dlm entry lepas2 guna biskut kisar, tp this one lg sedap..Hehe..nak lawa, kena la rajin melapis banyak2 kan..hehe

Vin - Yeap, I'd tried out using crackers..but this one nice too! Yeap..really gebuuusss..hehe

sakurasa 2 said...

bestnya kek lapis

rossana said...

salam ummi...dh lama jd silent reader....ari ni nk mencelah skit...asam hawflakes ni act. asam apa ya? dkt pkt dia mmg tulis hawflakes ke? sori..soklan mengong skit...

ummi said...

Sakura - Emm mmg best..sekejap je licin..

Rossana - wkumsalam..time kasih singgah sini..sori lmbat reply..ooh asam hawflakes tu asam sebesar duit 10 sen warna maroon leper2 bersusun dalam balutan kertas tu..ada tulis hawflakes..yang budak2 suka makan tu..Kalu tnya kedai jual barang2 kek, bese diaorang tau...It's ok..tanya laa