Monday, January 12, 2009

Telor Itik Masak Darat

Ni gara-gara nak perabihkan baki telor itik hari tu, Ummi terkesima (*chewaaahh) tengok Noreen masak darat telor ni...memang best! Resepi asal dari Chef Norzailina. Dengan rasa pedas berkerisik telor ni, memang sedap..ada bau2 rendang gitu....Tapi nk memasak telor ni dalam air didih tu lah yang lambat sikit..Ummi ni selalunya nak masak yang cepat dan ringkas je..tapi berbaloi..ya lah, hubby n Aiman makan bertambah..cuma Najiha je yang x suka dengan apa2 jenis lauk berasaskan telor dimasak camni. Tu pasal Ummi masak ayam kat bawah tu untuk dia..
Bahan:-
  • 5 biji telor itik
  • 450 ml santan pekat (dari sebiji kelapa)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1/2 sudu makan kunyit serbuk
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak secukupnya

Bahan Kisar:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 1 cm lengkuas
  • 5 tangkai cili kering (*ummi letak 8 tangkai)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan air hingga mendidih di dalam periuk. Pecahkan sebiji telor di dalam senduk kecil yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
  2. Bubuh senduk di dalam air mendidih dan biar hingga telor masak.
  3. Buat telor sebiji-sebiji sehingga habis. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk.
  5. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  6. Masukkan santan dan serbuk kunyit. Kacau rata hingga mendidih.
  7. Tambahkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
  8. Apabila mendidih, masukkan telor dan masak lagi selama 2 minit.
  9. Hidangkan bersama-sama dengan nasi putih dan ulam-ulaman.

5 comments:

sALLy said...

kl telur itik kan, Sally xpernah mkn tau..tp bila tgk K.Ummi msk tu, wahhhh..laponya rasanya..hehe..
abg dah selamat sampai kat sana dah..ni tgh wait dia ym ni hehe..rindu jugak tp tetap beadings hehe..

Intan Rosnitta said...

Sedapnya! Makan dgn nasi dagang mesti terangkat!

:D

cikMilah said...

On telor itik:hmmmm menyelerakan...
Ummi, cantik pinggan Ummi tu, bunga biru. Maaf ya bertanya, itu pinggan antik ke..maaf ya kalau pinggan tu design baru; sebab rasanya aruah mak dulu ada pinggan leper bunga serupa /sebijik camtu..
Hi kena balik kampung ni.. cari pinggan tu ; dan seluk reban itik.. hehehhe

On Strawberry: Terima kasih for sharing.. cikMilah memang dok cari-cari resepi salutan coklat yang tak mudah mencair ni ; nak buat untuk makan beradap masa CNY ni..terima kasih bebanyak...
cikMilah dok berangan nak cucuk lidi buat cam jambangan bunga gitu..terima kasih lagi sekali...

D.a.a.l.i.a. said...

thanks Ummi singgah blog saya.... terliur tengok telur masak darat... saya dah lama tak makan masakan pure kampung... cam telur itik dan sebagainya... teringat la pulak masa kecik2 dulu nenek selalu masak telur itik ....

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com/

ummi said...

Sally - boleh la try masak telor itik ni..rasa dulu...sedaapp! Akak dulupun x suka jugak..

Intan - memang sedap, tp akak x penah lak makan dgn nasi dagang..nnt try..

CikMilah - hohoo..time kasih, prihatin tang pinggan tu..itu pinggan lama dulu2 pnya la tu..tibaii yg rumah mak ada la sikit2 lg..hehe.. Pasal stoberi coklat tu..wah mcm nk wat makan busaattt je ye..nnt tunjuk gambar makan2 tu yaa..hehe

Daalia - tu la, Ummi pun lama x masak telor itik camni..sedap sgt rupanya! Time kasih jugak sudi singgah sini, :D