Friday, January 16, 2009

Jewel Cake

Well, another cake again...!! Konon xnak buat kek dah bila badan dah tembam ni...tapi bila tengok je resepi dari buku Angela Nilsen dan Sarah Maxwell dalam koleksi Ummi ni..rasanya teringin pulak lak nk buat...haiiihhhh!! Ni nak kena translate pulak laa..Ummi buat ikut mana bahan yang ada je..adjust mana patut..memang lembut gebu..!!
Bahan:-
  • 115 gm (1/2 cawan) campuran ceri (ummi guna merah & hijau) - basuh, tos dan cincangkan
  • 50 gm (1/4 cawan) sirap halia (stem ginger in syrup) - (ummi xda ni, tukar lemon juice)
  • 50 gm (1/2 cawan) kulit limau cincang (mixed peel)
  • 115 gm (1 cawan) tepung naik sendiri (self raising flour)
  • 75 gm (1/4 cawan) tepung serbaguna (plain/all purpose flour)
  • 25 gm (3 sudu makan) tepung jagung (cornstarch)
  • 175 gm (3/4 cawan) mentega
  • 175 gm (1/4 cawan) gula kastor
  • 3 biji telor
  • parutan dari 1 biji limau oren

Topping/Icing:-

  • 175 gm (1 1/2 cawan) gula aising - diayak
  • 2 - 3 sudu besar perahan orange juice
  • 50 gm (1/4 cawan) campuran ceri merah dan hijau
  • 25 gm (2 1/2 sudu makan) kulit limau cincang (mixed peel)
Cara Membuat:-
  1. Preheat oven pada suhu 180 C. Griskan loyang 7x3 inci (ummi guna square tin 5 x 5 in) di bahagian bawah dan tepi loyang.
  2. Campurkan kesemua ceri dan mixed peel, sirap halia (stem ginger) dalam beg plastik yang bersih bersama 1 sudu makan tepung naik sendiri dan goncang rata sehingga semua buahan campuran bersalut rata dengan tepung.
  3. Ayakkan kesemua tepung dan ketepikan.
  4. Dalam mangkuk, pukul mentega dan gula kastor hingga ringan dan gebu.
  5. Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak tadi bersama parutan kulit limau serta buah-buahan campuran tadi.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  8. Letakkan di tengah-tengah oven dan bakar selama 50 - 1 jam atau hingga kek masak rata. (cucukkan di bahagian tengah kek dengan lidi/cake tester dan pastikan lidi keluar licin/bersih).
  9. Setelah kek masak, biarkan di dalam tin selama 5 minit sebelum dialihkan ke atas wire rack dan biarkan kek betul-betul sejuk.

Cara Bancuhan Topping/Aising:-

  1. Dalam mangkuk, masukkan gula aising. Tuangkan orange juice dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian bolehlah drizzle atas kek.
  3. Campurkan kesemua ceri dan mixed peel, tabur rata di atas gula aising tadi.
  4. Biarkan topping sebentar sebelum dipotong.

(Note: Ummi kurangkan gula aising..jadi bancuhan topping agak cair pulak..)

2 comments:

makcikkantin said...

looks yummy....hepi baking,i tau u n dah terbukti-you mmg rajin

shima said...

sdapnyerr nampak kek ni ummi!!
iskhhh dgn topping n ceri berlonggok kat atas tuh mebuatkan tekak org rasa cam nk mencekik jekkk mlm2 buta ni...:D