Monday, January 5, 2009

Sotong Berinti

Resepi ni Ummi terjumpa dalam satu majalah wanita lama sangat dah..so nampak menyelerakan je..salin la menu, apa lagi kan..hehe...bagus lah untuk orang diet...steam je sotong ni..
Bahan:-
  • 400 gm sotong
  • 2 batang serai - dimayang halus
  • 1 ikat daun kesum - dimayang
  • 1 pokok daun sup - dimayang
  • 6 tangkai cili padi - dihiris halus
  • 2 sudu cuka makan
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1 biji telor
  • lidi secukupnya

Cara Memasak:-

Gaul ke semua bahan yang dimayang dengan bahan perasa dan telor. Bersihkan sotong dan masukkan bahan inti tadi ke dalam sotong. Lekatkan kepala sotong untuk menyumbat intinya dengan dicucuk lidi. Kelar-kelar sikit bahagian luar sotong. Kukus sotong hingga masak.

1 comment:

Aymywithlove said...

Salam.. k ummi, cedapnye sotong... kat sini kengkadang susah nak dapat sotong.. thanks sebab sudi singgah blog aymy...