Thursday, January 29, 2009

Kek Pisang Ala English Style

Ummi buat kek dari resepi Yatt ni minggu lepas dah untuk bawak pergi rumah adik..tapi x sempat lah nk letak resepi masa tu..Aleh-aleh balik, tengok dah ramai yang buat kek ni..hehe..kuat tul angin dari Finland ni..hehe....Sedap, gebusss dan aromanya masa dibakar...enak sekali!!! Thanks Yatt..muaahhh!! Akak ikut cakap Yatt la tentang tepung tu...guna 90 gm tepung kek dan 90 gm tepung gandum..Akak buat dua kali ganda adunan asal ni hehe...
Bahan:- (loyang 8 x 8 inci untuk 2x adunan)
  • *90 gm tepung naik sendiri (tepung kek)
  • *90 gm tepung gandum
  • *2 sudu kecil baking powder (ummi letak 1 sudu kecil je)
  • *1 sudu kecil soda bikarbonat (bahan (*) diayak bersama)
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu besar gula merah (brown sugar)
  • 1 biji telor
  • 3 biji pisang - dilecek (ummi guna pisang berangan)
  • 2 biji pisang - isinya dipotong bulat2 nipis
  • sedikit serbuk kayu manis
Cara Menyediakan:-
  1. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.
  2. Masukkan gula merah dan pukul lagi.
  3. Kemudian masukkan telor dan pisang yang telah dilecek tadi. Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama soda dan baking powder. Kacau rata.
  5. Masukkan ke dalam loyang, susun pisang yang dihiris tadi.
  6. Taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis.
  7. Bakar selama 45 minit (Ummi bakar 40 minit saja pada suhu 175C)
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan cepat-cepat taburkan sedikit gula pasir di atas kek. Biarkan sejuk baru dipotong.

6 comments:

sherry said...

Salam Ummi.

Ummi ni memang pandai masak la..tengok gambar dah terliur.
Macamana nak contact and nak order ni..

Aishah @ UmmiAqil said...

salam ummi smlm pi umah akak hana pun wat kek nih...mesti sodap nih...nak sepotong....

Jiya said...

Uihhh kak ummi. sedapnya kek pisang nihh. jiya pon dah lama tak makan kek pisang ni.

Yanmie said...

nie klu dpt kat aiman..sah x pandang belakang dh..ehehe...betul2 nmpak menyelerakan..bertuah hubby dan anak2 akak..

noorzie said...

Ummi, macam best sangat nampak kek tu kat blog ni. kitapun nak cubalah resepi ni. Thanks for sharing..

yana said...

salam, ummi. saya berminat untuk mencuba resepi kek pisang english style ni tapi bila saya dah siap2 bhn nak start adun saya terpandang cara2 tu pukul butter ngan gula ......... tapi dlm resepi tak ade plak sukatan tuk butter dan tepung lak, ummi guna tepung naik sendiri tapi masih lagi guna baking powder. saye pun belasah je letak butter. kek naik cantik tapi bila dipotong die berderai. nape yek?