Sunday, January 11, 2009

Kuih Talam Kacang Hijau

Taraaa...haiii dah dapat buku sifu tu kenalah try buat kan..hehe...Resepi pertama Ummi try dari buku Kak Hanieliza yang Ummi dapat masa jumpa dia hari tu..hehe..best sesangat..hantar rumah adik sikit..dia kata nape hantar sikit sangat..hah, x tau lak dia gemar pulak..hehe..Ummi pun makan banyak kuih talam ni..sedap tau!! Thanks kak Liza.. !
Bahan Lapisan Bawah:-
  • 3 cawan santan cair + sedikit garam
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan kacang hijau (rebus lembut dan mesin jgn halus sgt)
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • sedikit pewarna hijau

Cara Menyediakan Lapisan Bawah:-

  1. Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau. Kacau rata. Tapiskan.
  2. Masukkan kacang hijau dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit/hingga masak.


Bahan Lapisan Atas:-
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam halus

Cara Menyedikan Lapisan Atas:-

  1. Gaulkan kesemua bahan dan tapiskan ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas api yang kecil supaya adunan tidak berketul-ketul. Bila agak pekat sedikit, tutup api.
  2. Bila lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit permukaannya dengan garfu.
  3. Kemudian tuangkan adunan lapisan atas tadi perlahan-lahan ke atas lapisan kacang hijau.
  4. Kukus lagi selama 25 minit/hingga masak.

2 comments:

Aymy with love said...

Salam.. K ummi, setiap kali k ummi tempek jer menu, saya sure terliur jer.. hehhehe.. love ur blog..

ummi said...

Wkumsalam Aymy..thanks..simple2 je resepi akak kat sini..maklum balik keje mesti terkejar2 memasak..x byk masa sgt!