Wednesday, January 14, 2009

Beef Bread Crumb Roll

Resepi dari keratan majalah zaman bila ntah..x ingat dah..Selalu tengok orang jual kat Pasar Malam ni...apapun yang dibuat sendiri lagi sedap kan..hehe..Sedap ni, anak-anak Ummi suka..sesuai untuk bekal anak ke sekolah..mengenyangkan..
Bahan Untuk Inti:-
  • 300 gm daging cincang
  • 2 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 5 biji cili padi (hiris halus)
  • sedikit daun bawang (dihiris halus)

Bahan Untuk Kulit:-

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telor
  • sedikit garam
  • serbuk roti (bread crumbs) secukupnya


Cara Memasak Inti:-

  1. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
  3. Masukkan kentang dan carrot.
  4. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  5. Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.

Cara Menyediakan Kulit:-

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
  2. Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
  3. Masak dengan api perlahan.
  4. Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
  5. Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
  6. Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
  7. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.

8 comments:

Indonesia-Eats said...

looking good kak!

Qaseh said...

akak..bile dah gulung dia, perlu lekatkan pakai tepung ker..?

Mummy HS said...

sedapnya kak, saya tak tahu pula kulit tu kena buat. ingat ke pakai roti. isyyy.. nampak sgt tak reti.

sALLY said...

aslm.kl kak ummi free,blh x call sally skrg..sori la nyusahkn akak..

shima said...

tgk pun dah nampak sedap ummi...
ikshh rajin sungguh ummi ni masak2 di dapur..ader jekk resepi yg best2 tuk dikongsi bersama :>

rossana said...

agreed wth u ummi...masak sendiri lg better...dijamin kebersihan N keberkatannya...tp nk kene rajin la kan? salute la kt ummi..ari keje pun sempat wat bf camtu...

ummi said...

Pepy - yeap! simple yet very nice!!

Qaseh - masa gulung tu xyah lekatkan dgn apa2, tepung lekat cama kita gulung dadar tu..pastu golek je dlm telor then bread crumbs eh..

Mummy HS - Aah yang ni memang guna adunan tepung..ada gak yang biasa akak buat tu guna roti yang dicanai gitu...Yang ni lagi sedap!

Sally - Nanti akak call ya..pasal beadings ya?

Shima - Hehe..tengok je sedap?? Kena buat dan rasa dulu laa..

Rossana - Aah kalu ikutkan sume nak masak sendiri, puashati kan..tp ya la, bila keje ni masa terhad, weekend la baru boleh masak beriya sikit..thanks, akak masak sempoi2 je Rossana..

Salwani said...

inilah resipi yang kucari-cari. thanks Ummi