Saturday, January 3, 2009

Tortilla Lapis Tuna Telor

Meh layan je lah tekak yang sentiasa lapar nih..Buat pagi kelmarin dah sebenarnya..hehe.. Tak berapa rajin sebab nak buat projek lain pastu..
Bahan:-
  • 5 keping tortilla (traditional flavour)

Bahan Inti:-

  • 1 tin tuna Mild
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 5 tangkai cili padi - hiris halus
  • 2 biji telor
  • 1 pokok daun sup
  • 1 sudu besar sos cili
  • garam secukup rasa

Cara Menyediakan:-
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili padi dan kacau.
  2. Masukkan tuna dan gaul rata. Tolak ke tepi kuali.
  3. Masukkan telor yang telah dipukul sedikit dan garam. Kacau-kacau sebentar.
  4. Kaup balikkan bersama tuna hingga rata.
  5. Masukkan daun sup, kacau dan tutup api.
  6. Sediakan 1 keping tortilla dan lapis dengan 1/4 daripada tuna telor tadi. Ratakan.
  7. Letakkan sekeping lagi tortilla dan lapis lagi..Buat sehingga siap menjadikan lima lapis tortilla.
  8. Letakkan ke dalam dulang yang telah digriskan. Bakar sebentar selama 4 - 5 minit. Potong dan sedia untuk dimakan suam2 panas gitu.

No comments: