Monday, June 20, 2011

Sambal Telor Kasturi

Yuhuuuuu...apa khabar? Waaah mcm lama x jumpa...hehe, mmg x jumpa pun kita sume ni kan...tp hubungan rapat sampai ke hati....baguskan! Kalau dah jumpa x tau la camne....dpt peluk cium, kiri kanan, laga2 pipi, laga2 montot..hehe.. Okayy laaa, jom layan jek resepi sempoi dan teramat senang ditambah pulak dengan ribut malas akak nih...hehheee... Meh rasa kelainan masakan sambal telor dengan rasa limau kasturi....lg enak! Boleh tukar kepada udang atau sotong gak...mmg best...tau-tau dah licin jek lauk..hehe

SAMBAL TELOR KASTURI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan: (anggaran)
  • 5 biji telor - digoreng mata kerbau/lembu (hehe..)
  • 2 tangkai cili merah *
  • 2 tangkai cili hijau *
  • 4 - 6 tangkai cili padi *
  • 5 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *
  • sedikit belacan yg dibakar * (bahan * dikisar kasar)
  • sedikit air (jika perlu)
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sederhana, kacau hingga bahan pecah minyak. (jika terlalu kering boleh tambah sedikit air).
  2. Bila nampak pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan pula telor yang telah digoreng tadi dan kacau balik perlahan biar rata.
  4. Tutup api dan masukkan jus limau kasturi dan kacau rata-rata sikit.
  5. Hidangkan bersama nasi putih.

19 comments:

diana said...

walaupun perut tengah kenyang tapi gambar ni tetap menyelerakan..:p

eina said...

wahh sedap nih..msti rasa pedas2 masam kan kak?mcm2 idea la kak ummi ni...nanti eina nak cuba....tq kak

Ummi said...

Diana -
Hehee..sori laa tayang2 ya Diana, xpa, esok leh try kalau teringin sgt..hehe

Eina -
Aah mmg sedap pedas2 dan sedikit masam limau kasturi...hilang kepedasan sambal sikit..hehe, silakan Eina..

||aLeaSaRa|| said...

wah!esok kite nak buat juadah ni lah utk berbuka puasa.tq sis bagi this resipi..i likeeee!

Hani in Canada said...

Salam, Kak ... walaupun recipe sempoi, nampak menyelerakan. Tu yg Hani suka jengok dapur Akak ni, mudah dan bahan2 pun senang nak dapat.

Juwita Jamaludin said...

salam kak .. menu yang simple tapi yang simple ni yang selalunya buat kita makan berpinggan2.. hihihiihi.. boleh cuba ni nanti..:)

Mat Gebu said...

Mula2 saya baca,"sambal telur kasawari"...hahahhaa rupanya "kasturi"..adehh mati kena bunuh dgn kasawari kang..

AZLITA AZIZ said...

kak Ummi sedapnya.... mesti harum bau sambal ni dgn gandingan limau kasturi tu kan..

masakan yg simple tapi mmg nampak sungguh menyelerakan...

Mas said...

nak try la..
sedappnya tengok sambal telur tu....
simple dan sedapp...

♥LOVE2COOK♥ said...

Dunno what to say, but am grabbing the whole plate now!!! :D

Bookmarked!!! ;)

Hihi kak, thanks for your lovely comment on Rishie n Ashika ya! :D

izahdaut said...

kak ummii.. trasa2 kesedapan kalau buat kat ikan jugak kan

Uncle Lee said...

Hello Ummi, I love your presentation with the way you display your food. That lime makes the dish looks really appetizing.
Berapa telor ada tu? I agak adaTiga?
You have fun and keep well. Best regards.
Lee.

cikmanggis said...

hai..jika dapat kat Cm sambal camni..gaul dengan nasi panas..pengsan hehe.

noorsafone said...

Ummi...menu yg simple ni selalu nya sedap...mkn dgn nasi panas..

abby said...

akak....sedapnyerrrrr

Gee® said...

kalau dh terer memasak apapon nampak menyelerakan... anak2 mesti suka resipi ni

Alin Marlini said...

masakan plg Alin suker..kalau ada lauk ni mesti bertambah2 nasik..

Cendana Kasih said...

kecur air liur tgk lauk ni, terasa kepedasan dan masam limau tu..pergh...

saya dh cuba telur masak taucu kak Ummi tu..mmg sedap...dh masuk list menu harian..tq akak...

Diana @ Melley Mey said...

akak... sedapnya tgk sambal telur tu akak.... mau nak tambah nasi d buatnya..