Friday, June 24, 2011

Ayam Hitam Cili Kering

Assalamualaikum....semoga kita semua diberi kesihatan yang baik-baik sahaja, diberi kelapangan fikiran dan masa untuk sama-sama mengharungi kehidupan ini di samping keluarga tercinta. Bersyukur kerana masih bernafas dan diberi peluang untuk menyumbang apa yang termampu oleh kita kan...Okay entry ni maybe last la untuk sehari dua ni, sebab malam nanti mungkin x masak ada jemputan majlis akad nikah anak big bos dan esok pagi dah kena ke Dewan Konvensyen untuk bertugas sempena keberangkatan Sultan Pahang ke Majlis Perkahwinan 2 pasangan anak bos pejabat akak. Kira official event la kan bila Sultan dah berangkat tu. So tutup dapur la kot seharian esok...hehee...

So di kesempatan ini akak kongsikan lauk dinner akak masak malam tadi dan masih berbaki untuk tengahari ni...so panas-panaskan aje la dan tambah sikit sayur lemak dan ikan goreng dah memadai laaa kan.. Jom layaaann... Resepi ni hasil campak2 dan yang pastinya rasa dia x akan buat kita campak ke tong sampah...campak ke perut jek...hehehe...faham la maksud akak tu kan...kan..hehehee...So, enjooooyyyyyy... ^____^

AYAM HITAM CILI KERING
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 4 ketul peha ayam (bole jugak guna semua bahagian lain pun)
  • 2 labu bawang besar - didadu kecil
  • 10 tangkai cili kering - dikerat-kerat serong
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup - ditumbuk
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar rempah daging
  • 2 biji ubi kentang - dipotong kecil dan digoreng dahulu.
  • sedikit air (jika terlalu pekat, tambah)
  • garam secukup rasa
  • gula (optional)
  • daun bawang untuk tabur
Bahan Sos:-
  • 4 sudu besar kicap pekat ABC
  • 2 sudu besar kicap manis Kipas Udang
  • 2 sudu besar kicap masin Kipas Udang
  • 2 sudu bear sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu teh cuka makan
Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan perap sekejap. Kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng pula ubi kentang, angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar dan tumis bawang, bahan tumbuk, cili kering dan serai hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan rempah, kacau lagi.
  5. Masukkan air dan kacau sekejap.
  6. Masukkan ayam dan kacau balik biar mesra sekejap.
  7. Masukkan semua bahan sos dan masak atas api perlahan. Balik-balikkan biar bahan bergaul sebati dengan ayam.
  8. Masukkan garam dan seimbangkan rasa. Tambah apa yang perlu ikut tekak (*bole jgk letak sedikit gula)
  9. Akhir sekali masukkan kentang dan gaul rata. Tutup api dan tabur daun bawang. Hidangkan.. SELAMAT MENCUBA...!

23 comments:

izahdaut said...

tu dia tu dia.. sedap nampak tuuu.
suke la masak kicap2 hitam2 ni..pedas lak tu.. perfecto.. akak kem salam kak sultan pahang tu ye.. hehehhee.. tringat time sekolah2 je jumpa sultan pahang ni..

Ida,Japan said...

hitam yg sedap..lapor la pulak tgk lauk ayam kak ummi ni..adehh

YANA SHAIFUL said...

hitam itu menawan..mmg dah tertawan nii..laparnyaa..:-)

Hafizah Mohamad said...

sedapnyer kak ummi...ni kalau makan nasik panas2 ni mmg meletop ni....isk kenapa la fiza suka ikut blog masakkan...camana nak diet ni...huwaaaa....

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ummi..
Hitam itu kan menawannn..hehehe cam sedap lah tgk ayam hitam cili kering tuh. Hawa dh cuba jejari ketam cili padi & telur dadar pecah serangkak.. senang memasak & sedap ditekak hamba2 di sini..thanks u yer Ummi for sharing :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

menyelerakan tengok lauk ayam ni kak.. suami saya suka kalau lauk cili kering dikerat2 gitu.. cili tu dia gigit2 sekali masa mkn nasi.. tp kalau cili blender & lauk merah2 dia tak suka lak.. dia lebih suka cili padi lak.. heheeh.. pelik sikit selera dia tu..

waa kak... patutlah akak sibuk jer ngan majlis kawin anak bos akak tu yer.. grand sungguh majlisnya siap ada jemputan sultan lagi tu... sy suka ngan sultan Pahang.. dia sgt rapat ngan rakyat jelatanya... kalau ada apa2 kesusahan atau bencana.. dialah org pertama yang akan jenguk dulu...

Gee® said...

hitam manis hitam manis yg hitam manis pandang tak jemu...pergh!! menggiurkan...

Mas said...

wahhhh...menyelerakan betoi nengok ayam tu.......
masuk listttt...

AZLITA AZIZ said...

ala... sedapnya ayam tu... berkilat2 ni kalau makan ada mau 2 pinggan... pas tu tersandar atas sofa... pengsannnn.....

Abah Yie&Ummi Na said...

membuka selera :) nak try juga lah bila ada masa nanti :)

Anonymous said...

salam akak..saya ni silent reader je blog akak slama ni.

saya suka resepi blog akak sebab sng faham,lgpun bru nk blaja masak sebab baru kawin..hehehe (ok,sebenarnya tk penah try mana2 resepi akak ni,tapi gmbr mmmg bole buat perut bunyi2) hehehe...

insya Allah,doakan la saya berjaya memasak..chaiyokkk

-zana-

Jay said...

Dear Ummi,
glad to hear from you..:)
this recipe sounds amazing..Am turning great fan of your recipes..:)
Tasty Appetite

Nieza said...

uishhh sungguh menyelerakan menu akak ni...hitam manis yg menawan kalbu..sukax3..hehe

NaDia CoMaNeCi said...

sedapnyer....memang gemor sesangat ayam masak hitam cenggini..esok gie pasor harus beli peha ayam 10 ketul..hikhik

Juwita Jamaludin said...

salam kak ummi.. ita suka ayam2 hitam gini sedapnya .. makan dengan nasi panas2

♥LOVE2COOK♥ said...

Okey nak join makan ayam kat sini...hehehe! :D

Baru keluar dari rumah KakNor...terus ke rumah Kak Ummi, no prob kan kak? Chicken please...with some steamed rice. :)

ShashaCatering said...

Saya suka ni. Sedaaap ;)

Echo's Kitchen -- A Taste of Memories said...

Sedapnya。。。。ni dengan hati ayam juga sedap ya?

Lovely Kitchen said...

ala kak ummi, e-na dtg jauh2 xde org pulak...waaa g kenduri ada tetamu VIP pulak tu..nnnt upload gmbo sultan pahang kesayanganku itu ye kak..he hee
sedap ayam tu!

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Kak minta ampun. pagi2 tadi saya selongkar dapur akak ni cari nasi. bawa balik 1 resepi. Heheheh memang best resepi tu.

eina said...

nanti eina nak try resepi ni...sedap ni letak kicap hitam2...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
nmpk sedap resipi nie akak.. anak2 mmg suka ayam versi hitam2 mcm nie... nak buat gak nnt... masuk list dulu.. ;)

ShashaCatering said...

Hmmm.... Nampak sedaaap jer. Mesti rasa dia pun sedap kan kan? ;)