Thursday, June 9, 2011

Jejari Ketam Cili Padi


Assalamualaikum....tengahari ni akak just nak share resepi lauk paling sempoi dan biasa-biasa jek laaa mcm yg akak selalu masak dan jadi favourite family bila masak camni...ok, layaaann....malas nak bebel panjang daaa...

JEJARI KETAM CILI PADI
Resepi: Ummi@HomeSweetHome

Bahan:-
  • 500 gm jejari ketam
  • 5 tangkai cili padi *
  • 2 tangkai cili merah *
  • 6 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm kunyit hidup *
  • 1 cm halia * (ditumbuk)
  • 4 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit daun bawang - untuk tabur

Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga nampak berminyak dan naik bau.
  2. Masukkan kicap cair, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar.
  3. Masukkan jejari ketam dan gaul balik perlahan-lahan dan masak 5 minit. (Jgn lama sgt, nnt hancusss). Seimbangkan rasa.
  4. Tutup api dan terus masukkan daun bawang dan gaul rata perlahan. Hidangkan.

16 comments:

nur easy said...

kreatifnya..;)

Ayu said...

confirm masuk list kak..!!
sedap nampaknya tu..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ummi...
Sama lah ngan Hawa..kite masuk list dulu ni mesti sedap tapi tang cili padi kena kasi kuranggggg sikit :)

Mas said...

sedappnya tengok jejari ketam tu...
rumah mas memang ada stok jejari ketam...
kretiff la kak ummi ni...

menang! said...

menang besar jom!! http://fnndoubleooomph.com.my/home.php?fnnid=608634294

zura_habib said...

nak cuba la masak nie...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak ummi...

walaupun sempoi kata akak.. tapi di mata saya dah sangat mewah dah ni kak... jejari ketam tu pun bukannya murah... anak2 saya suka sangat dengan benda tu.. tp sy jarang beli kalau takde projek2 best.. hehe...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

oh ya.. terlupa pulak... saya dah cuba mee lidi goreng hijau akak.. memang lain dari mee yg biasa di masak.. tp sedap jugak kak.. habis kami mkn anak beranak.. hehe.. mcm biasa.. sy c&p resepi yang akak taip jer.. malas nak menaip yg lain.. halal ye kak & thanks for the recipe...

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

kak ummi klu kita tukar dr jejari ketam ke berbola @ sosej agak2 sedap tak?jejari ni mcm mudah hancur sikit kan klu masak lama2

Mak Qis said...

idea yang best neh kak ummi..tq..

Nieza said...

sedapx2..suka banget..:)

amiYo said...

erkk..sedap owh! kalau pakai ketam hidup?

anymz said...

wah!ummi leh try gak nih..masuk list lah..esok2 jemput lah kerumah ya.makan menda alah ni sama2..hehe

Diana @ Melley Mey said...

akaaak...
nmpk sedap ler jejari ketam nie.. pasti anak2 suka makan nie..

Fara said...

nie klu wat nie..harus ratah jejari ketam jek nie..sedapp

nasriza nasri said...

Mohon halal resepi ni ye