Friday, January 18, 2008

Cheesecake Brownies


Ni ummi buat petang semalam, tp x sempat le nk posting, tunggu masak sume dh malam. Bz sgt n kepala pun x berapa sihat actly...Resepi dari geng blog Titi. Thanx a lot Titi, pretty easy n really yummyyyy!! Sekejap je dah nk licin pun..hehe

Bahan Untuk brownies:-
125 gm butter - kerat2
150 gm coklat masakan - kerat2 kecil
1 biji telor
2/3 cawan gula kastor
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung naik sendiri

Bahan Cheesecake (Topping):-
259 gm cream cheese
1 sudu teh esen vanila
1/3 cawan gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan whipping cream

Cara Menyedia:-
Preheat oven pada suhu 180Celcius. Gris loyang segiempat 19 cm dengan baking sheet, biarkan lebih 5 cm di sekeliling loyang. Campurkan butter dan coklat masakan dalam sauce pan, kacau atas api perlahan hingga semua lembut. Sejukkan.

Pukul telor dan gula dalam mangkuk adunan dengan kelajuan tinggi hingga naik dan berkrim. Tuang cairan butter dan coklat tadi dan pukul rata. Masukkan tepung dan kacau dengan spatula. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit.

Sementara itu, pukul cream cheese, esen vanila, gula dan telor hingga kembang. Masukkan whipping cream dan pukul rata. Tuangkan ke atas ke atas brownies tadi dan bakar lagi selama 15 minit. Bila masak, buka pintu oven dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan dalam fridge selama kurang lebih 3 jam. Hidang lah dengan rasberries/blueberries segar.

9 comments:

Andaliman said...

sedappp...

zaitgha said...

this is very nice....i love to make this too....but too bad i do not have the picture....

Ummi said...

Pepy - yeap really nice, sekejap aja udah hampir licin..hehe

Zai - next time, make sure u snap foto first b4 eat k..hehe..But telling u...yeap really nice!

Cat Cat said...

Ooooh Kak Ummi, sedapnya cheesecake brownies... Cam jual kat kedai...

MamaFaMi said...

Yang tak larat buat brownies ni, dia require chocolate masak tu. Waduhh... agaknya mama ni punya pemikiran masih lagi di Malawi di mana, cooking choc tu mahal. So rasa cam phobia je nak wat brownies... hehehe.. tapi nantilah, mama tune balik kepala ni, think Malaysia, barulah boleh buat brownies dengan aman tenteramnya.. ahaksss...

Nina Suria said...

salam asyura ummi

awat soma org tak masak bubur asyura nih.. *tayang muko sedey leyn nak eskrim*

Ummi said...

Cat - aa bila dah makan ni, really nice n yummy lah!! X rugi buat tau, my kids really loved it!!

Mama - Aa lah, memang bahan brownies ni malah sikit, sesekali boleh lah...selalu2 kopak budget dapur hehe..kilo pun naik, eee..dah naik pun...huhuuuu

Wkumslam kakmOn cayaannng -
Semoga Hari Asyura bawa bahagia jgk wat kakmOn..hehe..igt nak tnya mak la pulak nk buat resepi kuih Asyura (Penang/Utara Style lee...hehe)
(*pssttt...xpun, kakmOn la pulak buat, kirim kat ummi, nak rasa Asyura org Bonaiii punya, mesti isi emas berkilau2 n naik minyak Asyura tu sbb minyak sana lebih..hehe)

Ани said...

I will also try this out.

Ани said...

Ummi, I made the chocolate-cheese brownies. At least I hope google translate has translated right the recipe. But they are fantastic. Everybody loved them! I will make them again for sure.Only the time for baking is different. I baked the chocolate layer longer than 10 minutes and it was a little crunchy, and the cheese layer took 35 minutes.