Ni pun ummi buat untuk sarapan pagi dgn tengahari sekalik kot untuk hari ni, ya lah, jemput pun ada kan...hehe...!
Bahan:-
2 paket mee kuning
10 ekor udang basah
2 keping isi ayam - potong kecil
3 biji telor
4 sudu besar cili kering kisar
1 labu bawang besar - dadu
2 ulas bawang merah - tumbuk kasar
5 ulas bawang putih - ketuk/racik
2 keping tauhu - digoreng dan dipotong nipis
1 cekak sawi
200 gm taugeh
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap mee
1 sudu besar kicap cair
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam
1/4 cawan minyak masak
Cara Memasak:-
Panaskan minyak, pecahkan telor dan kacau sekejap. Masukkan bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Kacau hingga layu. Masukkan cili. Kacau sebentar dan masukkan ayam, semua jenis kicap, dan garam. Masukkan sawi dan mee, kacau rata 5 minit. Masukkan tauhu dan akhir sekali masukkan taugeh. Kacau sebentar dan tutup api. Angkat dan hidang dengan hiasan disukai.
No comments:
Post a Comment