Thursday, January 3, 2008

Kastad Pisang Dengan Prune

Ni satu lagi resepi puding kastad yang selalu ummi wat, especially bulan pose..senang dan simple, sesssuaaii tuk ummi yang selalu x cukup masa..

Bahan:-
5 biji pisang emas - belah dua dan goreng
200 gm prune sunsweet - kerat2 dua
3 sudu besar golden raisin
1 3/4 cawan susu segar/susu sejat
1/2 cawan gula kastor
3 sudu besar kastad
Instant jelly perisa rasberry/strawberry

Cara Membuat:-
Dalam kaserol aturkan pisang emas yang telah digoreng, prune dan tabur kismis. Dalam periuk campurkan kastad bersama susu dan gula, kacau sebati. Kemudian letak di atas api perlahan dan masak sehingga bahan larut dan likat sikit. Tuangkan ke atas pisang tadi. Kemudian masak instant jelly ikut arahan pada kotak dan tuangkan atas kastad tadi. Sejukkan sebelum dihidang.

No comments: