Thursday, January 10, 2008

Donut Mini Princess

Emmm lama x dengar citer puteri sorang ni...x ok lg ke line diaa..kerana rindu..ku buat donut mini Yat ni..resepi asal ada inti blueberry, tp my kids xnak...kosong aja lah..wat tuk bekal kids pagi semalam ni..

Bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula halus
1 1/2 sudu besar lemak sayur (shortening)
1 1/2 sudu besar susu tepung
90 ml air suam
1 camca teh instant yeast

Topping:-
Gula kastor (*ummi guna icing sugar)

Cara-Cara:-
Masukkan semua bahan A dalam bekas dan gaul dan uli sebati. (Bagi yang ada breadmaker, tekan butang ON, tunggu aja doh siap). Kemudian ambil doh tersebut, buat bulat2 kecil dan masukkan inti (jika mahu). Buat sehingga habis dan biarkan sebentar selama 15 - 30 minit atau sehingga ia kembang. Kemudian goreng kekuningan dan bila telah sejuk gaulkan dengan gula castor tadi (*ummi guna icing sugar). Siap.

No comments: