Friday, January 4, 2008

Pannacotta Gula Melaka

Dessert camni memanglah kegemaran fmly..kalu boleh kena ada dessert sentiasa dalam fridge tu....heee, xleh byk makan, kencing manis kang...Nnt Dr. Hannan marah lak, dia blk M'sia nnt sume kena dgr lecture dia (*kan dr. kan..hehe. Ni resepi dari Yani@MR.

Bahan:-
1/2 cawan susu segar
1 cawan fresh cream (*ummi substitute dgn 1/2 cwn yogurt + 1/2 cwn light cream)
20 gm gula melaka
7 gm gelatin + 1/4 cawan air - bancuh dan ketepikan.

*Sirap:-
40 gm gula melaka
1/4 cawan air

Cara Menyediakan:-
Masak susu segar, fresh cream dan gula melaka dalam periuk. Kacau hingga nampak hampir mendidih, tutup api. Masukkan gelatin yang telah dibancuh tadi. Kacau hingga larut. Sejukkan periuk ke dalam bekas yang mengandungi ketulan ais dan air sejuk sambil dikacau adunan hingga sejuk. Masukkan ke dalam acaun yang sesuai, sejukkan selama 1 jam.

Untuk sirap - masak gula melaka dengan air hingga mendidih. Sejukkan. Tuangkan sirap atas pannacotta yang telah beku. Alahaii lembut je lalu kat tekak...ala-ala dadih camtu...

3 comments:

Andaliman said...

Do you still have one left? ^_^

Mat Gebu said...

Sedapnyaaa....gambar pun sikit punya cun....tapi mmg seremmm bila sebut "kencing manis".....

Ummi said...

Pepy - got 1 slice for u..have a seat..I'll get it.

Mat - Tu lah pasal, kdg2 nk makan seram bila igt "menda alah" tu kan..tp my hb n kids suka sgt lah mat..kalu boleh nk ada je yg sejuk gitu dlm fridge..(*emm akak puuunn..hehe)