Monday, January 28, 2008

Choc Chips Muffin Nigella Lawson


Petang tadi Aiman ada cakap lama dah mak dia ni x buat muffin..Aa laaa...Tengok bahan ada, so ummi try lak resepi asal dari Nigella Lawson, tengok kat rumah Hajar, dia kata amik kat rumah Mamafami...saja nak try resepi lain pulak kan...sedap sangat2...Thanx Mama n Hajar for sharing...Ummi buat lepas maghrib tadi, sekejap je leh siap...mudah sgt!

Bahan:-
250 gm tepung
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
2 sudu besar serbuk koko
175 gm gula kastor (bole kurangkan 150 gm je)
150 gm choc chips
250 ml susu segar
90 ml minyak sayuran
1 biji telor (size besar)
1 sudu kecil esen vanila

Cara Membuat:-
Ayakkan tepung, serbuk koko, soda dan baking powder. Campurkan gula. Ketepikan. Dalam mangkuk lain, campurkan minyak, susu, esen vanila dan telor. Gaul sebati dengan whisk. Kemudian tuangkan semua bahan cair ke dalam adunan tepung dan kacau menggunakan whisk hingga sebati. Jangan terlebih kacau. Masukkan choc chips. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh. Taburkan sedikit choc chips di atasnya. Bakar di dalam preheated oven pada suhu 180 C selama 20 minit/hingga masak.

4 comments:

MamaFaMi said...

Cantiknya muffin Ummi. Naik tinggi! Huhuhu...

Cat Cat said...

Kak Ummi,
Cup muffin tu beli kat kedai mana ek..??? Ini mesti trend baru ni... Dulu masa Cath tinggal kat KL, tak pernah pun tengah cup muffin cantik2 gitu...

zaitgha said...

Nigella punya recipe memang simple but nice....beautiful muffins

Ummi said...

Mama - hehe...tinggi ek? Nsb x meletuss...

Cath - Muffin cup tu beli kat Ktn je..Alaah kat KL lg byk choice..Ya ke xda kat KL masa Cath duk sini? Ish..lama dah ada kot x perasan..

Zai - Thanx, ada masa jd cantik agaknya..hehe..