Monday, January 28, 2008

Kuih Sagu/Kuih Bronok

Nak tau, kuih/makanan berasaskan sagu camni salah satu my favourite...senang kan, kalu nak ajak ummi g rumah, wat kuih ni pun dah cukup...ummi leh makan habis sepinggan tau...Dah lama nak buat n nak perabihkan sagu tu..Buat petang tadi, ummi makan malam ni, x makan nasi dah..hehe..

Bahan:-
150 gm sagu putih
2 cawan air
1/2 cawan gula
daun pandan
pewarna merah/hijau
kelapa muda - parut dan gaul dengan sedikit garam

Cara Memasak:-
Basuh sekejap sagu dan toskan (jangan basuh lama2, hancusss kang). Masak air bersama gula hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan pewarna. Bila air mendidih masukkan sagu dan perlahankan sikit api. Kacau sagu hingga menjadi jernih sikit. Bila telah pekat, tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan potong. Gaul dengan kelapa parut.

5 comments:

MamaFaMi said...

Dulu, masa ternampak resipi kuih sagu ni, disebabkan teringin nak mencuba (walaupun tak gemar nak makan), mama buat seciputtttt je tau...saja lepas gian mencuba.. hehehe...dapatlah 6 keping kecik kecik...

Fahidayati Ramli said...

best kuih sagu!!! saya sangat suka itu kuih! en husband pun suka jugak!

zaitgha said...

i like this kuih and looks simple enough, never tried making it, maybe i will soon...

Andaliman said...

We call this ongol-ongol :)
I love this tidbit :)

Ummi said...

Mama - kalu ummi dpt kuih ni, x makan kuih lain pun xpa..suka sangat..selalu emak buat kalu ummi balik kg..

Fahida - aa best sgt kan...

Zai - try le, senang je...n sedap hehe..

Titi - Oo ongol-ongol..hehe..its ok, as long as the same one..hehe