Tuesday, January 8, 2008

Nasi Goreng Berempah

Ni saja nak tukar2 selera anak2 bawak bekal ke sekolah...Senang gituuu!

Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
1 labu bawang besar - dadu
3 biji cili merah - tumbuk kasar
(*nk pedas leh letak cili padi)
5 ulas bawang putih
15 ekor udang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu teh rempah beriani
1 sudu teh rempah daging
1 batang karot - hiris halus2
200 gm bunga kobis
garam

Cara Memasak:-
Tumis bawang besar dan bawang putih, kacau sekejap dan masukkan cili, rempah dan kicap cair. Kacau dan masukkan udang. Kemudian masukkan sayur. Akhir sekali masukkan nasi, kacau dan masukkan garam. Goreng sehingga masak.

2 comments:

MamaFaMi said...

Dengan tak semena-mena, perutku berbunyi tatkala mataku terpandang akan nasi goreng berempah mu ini.. apakan daya, daku malas nak memasaknya sendiri...

Ummi said...

Hehe..mama kalu dh malas apakan daya ku nak memujuk..lebih baik ku tinggalkan sepinggan utk mu...makan laa seadanya..=D