Sunday, January 20, 2008

Puding Mozek

Ni pun ummi try resepi amik kat rumah Jun jugak...Tk lagi sekali jun hehe...Saja buat nak membasah tekak..dah lama x buat puding sempoii camni, asyik ciskek, puding susu sume...heee dh naik kilo lah..huhuuu..

Bahan (A):-
5 gm serbuk agar2
90 gm gula
450 ml air
50 ml susu cair
pewarna hijau

Masak semuanya hingga larut dan didih. Tuang dalam bekas yang telah dilalukan air sejuk, sejukkan. Ambil sudu dan kaupkan sikit2 dan atur ke dalam loyang lain untuk dituang bahan B.

Bahan (B):-
5 gm serbuk agar2
90 gm gula
450 ml air
50 ml susu cair
pewarna merah
sedikit esen vanila

Masak kesemuanya hingga larut dan didih. Tuangkan ke dalam loyang yang telah diatur agar2 tadi. Sejukkan dalam fridge. Siap...

1 comment:

norlie harumaini said...

rasanya gambar ni dah di copy paste di sini http://darikoleksiangahrohani.blogspot.com/2010/12/agar-agar-mozek.html