Friday, January 4, 2008

Telor Bistik

Ni one of my menu today...biasa-biasa ajaaa...hehe..

Bahan:-
1/2 kg isi ayam (cincang halus)
3 biji telor ayam
1 tangkai cili besar ( potong nipis)
1/2 biji bawang besar - dadu
2 ulas bawang putih - racik halus
1 potong nenas - dadu kecil
1/2 biji tomato - dadu
2 sudu besar mix vegetable
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos Thai
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh gula
sedikit garam (optional)
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar tepung jagung ] bancuh
1 cawan air ] bersama

Cara Memasak:-
Mula-mula campurkan ayam, telor dan sedikit garam. Goreng seperti telor dadar. Angkat dan letak dalam pinggan. Kemudian tumiskan pula bawang putih, bawang besar dan masukkan sedikit air. Masukkan kesemua bahan sos lain dan mix vege. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah tadi. Tuangkan sos tersebut ke atas telor yang telah digoreng tadi, ratakan. Siap untuk dimakan dengan nasi ataupun makan begitu saja.

No comments: