Sunday, January 6, 2008

Ayam Kismis Hitam Manis

Resepi dari majalah...dah x tau nak masak apa ayam ni...lalu inilah pilihannya..makan dengan Nasi Jamaica tu..senang!

Bahan:-
1 ekor ayam - potong 14/16 bahagian
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar
1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan kicap manis
1/4 cawan kismis
2 biji tomato - hiris bulat
2 sudu besar gula
1/4 cawan kacang gajus
sedikit air
Garam secukup rasa

Cara Memasak:-
Bersihkan ayam dan gaul dengan garam dan kunyit. Goreng sebentar jangan garing sangat. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yg dikisar. Kacau hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Tambahkan sedikit air untuk mendapatkankuah dan biarkan mereneh seketika. Masukkan ayam, kismis dan buah tomato. Kacau sebati dan gaulkan dengan kacang gajus. Hidang panas-panas..

1 comment:

armouris said...

info tentang khasiat kismis kat sini - Rahsia Kismis.

Update terkini isu-isu semasa kesihatan ada di infokesihatan@twitter.