Tuesday, January 22, 2008

Daging Masak Kicap

Ni lauk dinner malam tadi sebenarnya, ingat balik rumah tengahari tadi nk posting, tp line slow bebenorr...so malam ni baru sempat...xpa lah, tengok je ek..dah licin pun..hehe

Bahan:-
1/2 kg daging - potong nipis
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
1/2 sudu kecil jintan manis - tumbuk
1/2 sudu kecil jintan putih - tumbuk
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar kicap cair
sedikit gula
sedikit garam
1/2 cawan air
3 biji cili hijau - belah2
1 labu bawang besar - potong bulat
3 sudu besar minyak

Cara Memasak:-
Gaul daging dengan bahan tumbuk dengan cili kisar dan masak dalam kuali sehingga daging lembut. Jika perlu tambahkan air dan masak lagi. Bila daging telah empuk, tuang minyak dan masukkan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis, gaul rata. Masukkan kicap, gula garam dan gaul sebati. Setelah rata dan daging benar2 masak, masukkan cili hijau dan bawang besar. Gaul-gaulkan, angkat.

1 comment:

Sasha said...

ari ni nak masak daging masak kicap resipi kak ummi... ini kali ke-2... dah jd famili fav lak... thanx... 4 the simple n delicious recipe...