Wednesday, January 16, 2008

Apam Blueberry


Ni ummi cedok dari rumah MamaFami, resepi asal dari Masriyah's FP...TERajin sikit buat kuih, sedap, anak2 sume suka, makan panas2 gitu...Thanx a lot Mama...hehe

Bahan:-
2 biji telor
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri - ayak
Blueberry jam
Pewarna (*ummi guna hijau dan merah)

Cara Menyedia:-
Didihkan air untuk kukusan. Sementara itu, pukul telor, gula, esen vanila dan ovallete pada kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Masukkan tepung dan kacau rata dengan spatula. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Letakkan pewarna disukai. Ummi letak 1 plain, 1 merah (jgn pekat sgt) dan 1 hijau pandan. Sudukan ke dalam cawan warna asal, letak blueberry jam, tutup dengan 2 warna adunan lagi hingga separuh cawan. Kukus selama 10 - 15 minit.

3 comments:

MamaFaMi said...

Cantiknya kuih apam blueberry yang Ummi buat. Mama pun sakit kepala the whole day today, sampai rasa cam nak demam. Aduhai, siksa...

Andaliman said...

Apem blueberry, that's new.

Ummi said...

Mama - cantik ke...hehe..(*kembang kempis dah ni kena puji)..tapi yg nk ummi cakap, memang sedap dan lembut smpai petang la mama...Mam sakit kepala, dh telan ubat? Ish ish sian diaa...

Pepy - Really nice, give it a try, then only u know..haahh! so soft..