Sunday, January 13, 2008

Home Made Seafood Pizza


Petang tadi buat pizza untuk bekal jugak kat abang long..dah lama dia mintak, x berkesempatan nak buat...so hari ni dia bawak balik panas2 lagi..Resepi ummi cedok dari rumah Yat..thanks Yat! (*rindu betuii kat budak ni...mcm sleeping beauty lak...lama tul dia tidor nii..hehe)..sedap dengan cheese dihujung pizza tu..!

Bahan:-
(*Untuk base)
1 1/2 cawan tepung roti
1 sudu kecil yis
120 ml air suam
1/2 cawan minyak sayur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
serbuk oregano
(*Untuk topping)
2 biji tomato, rebus sekejap dan blend
1 ulas bawang putih - blend
serbuk paprika
serbuk oregano
serbuk bassil
black pepper
olive oil
garam
gula
bawang besar - mayang kasar
sotong (*ummi ganti sosej)
udang
parutan cheese
parutan mozarella (*ni ummi sj tambah)

Doh - masukkan semua bahan kecuali minyak sayur, gaul sebati. Masukkan minyak dan uli hingga lembut. Canai dalam acuan piza. Kemudian letakkan parutan cheese di hujung sekeliling pizza dan gulung. Biarkan naik 2 kali ganda.

Topping - Panaskan olive oil, masukkan bahan yang dikisar dan serbuk oregano, black pepper dan masak hingga pekat. Masukkan garam, gula, sotong dan udang. Angkat. Letak topping atas piza bersama bawang, sedikit serbuk bassil dan parutan cheese (*ummi letak mozarella). Bakar selama 40 - 45 minit.

3 comments:

Cat Cat said...

Kak Ummi,
Sedap homemade seafood pizza Kak Ummi tu..

Kalau buat kat umah, boleh tambah2 seafood... Kalau beli kat kedai, cipot aje dia orang letak topping, kan..??? Tak berbaloi beli kat kedai.. Baik buat kat rumah...

zaitgha said...

my kids love pizza too but not the seafood version....but yours look yummy

Ummi said...

Cat - yeap! puas hati buat sendiri tuk kids kan..aa leh masuk mcm2 tuk topping dia..n they said this one was really nice...letak cheese kat hujung n gulung dulu..

Zai - hello dear..lama x nampak..aa this recipe was really yummy compared to others that i've tried before.