Monday, January 7, 2008

Roti World

Roti ni ummi buat untuk kids bawak bekal gi sekolah, fuhhh..memang world lah!! Kena lak dengan instant mushroom soup panas2..perghhh! Ni resepi dari MamaFaMi...tq so much Mama...Really loved it! Bancuhan pun sekejap je naik...jimat masa ummi hehe..
Bahan:-
170 ml air suam (suam2 kuku gitu..)
1 1/2 cawan tepung (ummi guna tepung roti)
2 sudu makan margerin (ummi guna butter)
3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan susu tepung
1 1/2 sudu teh instant dried yeast

Cara-Cara:-
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung dan yis dalam mangkuk. Gaul rata dan masukkan air suam sedikit-sedikit. Uli doh hingga sebati sikit dan masukkan mentega dan uli lagi sehingga doh benar-benar lembut dan tidak melekat di tangan. (*tambah air jika perlu sahaja). Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan bulatkan. Letak atas bekas yang telah ditabur dengan sedikit tepung. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh naik dua kali ganda. Kemudian tumbuk2 doh dan uli sikit lagi. Bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan ditabur tepung. Biarkan naik lebih kurang 2x ganda. Bakar dengan suhu 175 deg. celcius selama 20 minit/hingga kekuningan. Bila masak, keluarkan dan sapu dengan butter.

2 comments:

Anonymous said...

World la roti Ummi! Thanks to Jun, kita semua merasa gak makan roti world nih....

Ummi said...

Mama, memang sedap rupanya roti ni, ummi wat 2 adunan tau..licin..duk ulang makan jek my kids ni..tq mama n jun..