Friday, May 14, 2010

Ikan Lemak Cili Padi Dengan Terung

Salam Jumaat, semoga semuanya sihat2 dan selera makan lagik....hehee...ada lg ke yang x makan tu..apasaiiiii??? Xpa kalau xda lauk, meh bawak nasi kosong, makan lauk kat rumah akak..x tau la cukup ke tak tu..hehe....Masak senang2 jek malam tadi...malas tul laa..kebetulan ada hal yang men"spoiled"kan sikit mood dan semangat memasak jatuh merudum sikit...selera makan pun kurang...huhuuuu..Layan je la Ikan Tenggiri Lemak Cili Padi ni eh..

IKAN LEMAK CILI PADI DENGAN TERUNG

Bahan:-
  • 2 keping ikan tenggiri -saiz sedang
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 15 biji cili padi hijau (*boleh tambah nk pedas) - tumbuk
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 cm kunyit hidup - tumbuk
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit - simpul atau carikkan.
  • 2 biji terung bulat saiz kecil - belah 4 atau 6
  • sedikit minyak untuk tumis
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol dengan api sederhana, dan tumis bahan tumbuk dan serai. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan santan cair dan biar didih kejap.
  3. Masukkan ikan, asam gelugur dan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala.
  4. Bila mendidih lagi, masukkan terung dan daun kunyit.
  5. Bila semuanya hampir masak, masukkan santan pekat dan kacau perlahan. Seimbangkan rasa.
  6. Bila nampak santan hampir didih je, tutup api dan teruskan mengacau kuah tadi sekejap.
  7. Siap dan boleh dihidangkan.

4 comments:

ain said...

kalau sy bawak pinggan kosong sat lagi, ada lagi ke kak lemak ikan ngan terung tuuu???? selalunya klu lauk2 sedap ni, sejap je licinn!!

hana said...

akakkkkk... nampak sodappppp sesangattt!! huishhh nak carik ikan lagik lah!!

MamaFaMi said...

Kita tak makan tengahari lagi ni. Tak de selera la... untuk Syahmi tadi, kita masakkan tomyam ayam dengan telur dadar je. Menjilat tengok budak tu makan, tapi apakan daya, tekak ku pahit... cam tak de selera je. Agaknya kalau abang ajak gi Kenny Rogers ke, Big Plate ke, mau datang balik, secara mendadak selera ni kot... kah kah kah...

Kita, kalau ikan masak lemak ni, koreng sket, jangan ayam masak lomak cili api, habeh boreh sey kojokan!

Ruziawati Bukhari said...

salam ummi..

my peberet ni.. msk lemak cili api.. sedapnya!!

ummi.. sudilah kiranya amik award di blog t tu dan gantung di blog ummi yang cantik ni ye? tq ummi..