Wednesday, May 26, 2010

Austrian Bread Kugel

Maaflah lambat letak entry sebab dah ada yang tanya bila akak tayang kat FB akak..hehee...Okaayyy resepi ni adalah dari dapur orang-orang Austria la kot...tp tengok ala=ala bread pudding je...cuma lebih sedap dengan campuran epal dan kismis....sangat2 terasa basah2 epal tu...bessttt laaaa...Resepi ceduk dari Majalah SEDAP...Akak buat 2 kali ganda bahan asal ni...xpun x cukup weeyyy..hehee...k, layaaannn...

AUSTRIAN BREAD KUGEL
Sumber: Majalah SEDAP (anggaran 8 potong)

Bahan:-
  • 6 keping roti tawar - dicarik2 (x perlu buang kulit)
  • 200 ml susu segar
  • 3 biji telor - pukul ringan (*utk 2 adunan akak letak 4 biji telor jek)
  • 100 gm gula pasir (*akak kurangkan jd 80 gm jek)
  • 100 gm epal (*dikupas dan dipotong dadu 1cm)
  • 100 gm kismis
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 100 gm mentega tawar - potong dadu kecil
  • 1 sudu makan gula pasir untuk taburan
  • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis untuk taburan
Cara Membuat:-
  1. Rendam roti yang dicarik-carik tadi dalam susu segar selama 10 minit.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan telor dan gula pasir. Kacau rata biar gula larut. Tuangkan ke dalam roti tadi.
  3. Masukkan epal, kismis dan serbuk kayu manis. Kacau rata.
  4. Sapukan loyang/caserol tahan panas dengan sedikit mentega dan tuangkan adunan ke dalamnya. Ratakan. (*biar ada lebihan lebih kurang 2 inci pada tepi loyang, adunan akan naik semasa membakar, xpun melimpah keluar air gula + susu nnt).
  5. Taburkan atasnya dengan potongan mentega dan gula pasir. Ayakkan juga serbuk kayu manis di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 170C selama 50 minit (*akak biar garing sikit tepinya, tambah lg 5 minit masa bakar tu)
  7. Sejukkan pada suhu bilik atau boleh juga dimakan setelah chilled dlm fridge.

7 comments:

ijayuji said...

Salam kak ummi! wooooooo...ni mestixtra sedap sbb ada epal dgn kismis! nama dia pun glamer bukan main lagi hihihi... tu yg kat bwh tu kita punyer kan kan??? :D jgn kedekut2 tak baik ehehe

ieda said...

salam kenal..nampak sedap..one day mesti try.

CT Delima said...

Salam K.Ummi. waduh kak... nampak sedap sangat2 bread kugel ni. kalau rajin esok lusa menjadilah resepi dari K.Ummi ni...hehehe.

InsyaALLAH..CT akan cuba buat jika kesihatan mengizinkan untuk berdiri lama2 kat dapur tu. Lutut CT ni kadang2 elok kadang2 bila lama sangat berdiri mulalah datang sakitnya. Dah 'tua' ni macam2 penyakit yang datang kan...huhuhu

ICook4Fun said...

Ummi, this is very much like pudding roti yea.

Love2cook Malaysia said...

Hi KakUmmi, yumm bread pudding lor! I'm sure it tastes heaven coz U've recommended it! Hehe...

psst...copying n translating roti saj recipe. ;)

Ummi said...

Ika -
Wkmsalam..aah laaa..sedap sangat2 la pada tekak akak n family di kampung semua..hehe..nak yg bawah tu pun dah habis..pi godek sendiri la Ika eh..sori seloriiii..hehe

Ieda -
Salam kenal, thanks singgah sini..aah, try jgn x try...

CT -
Wkmsalam CT, xpa lah rehat2 kan lutut CT tu, nnt capek pulak..hehe..senang2 boleh buat ni kan..take care k!

ICook4Fun -
Yeap, this one is similar to bread pudding Gert, i like the taste...sesedap rasa..hehe

Love2Cook -
Haha..everything which is nice to eat should be recommended, right? Owh..you made that Roti Saj already? Invite me, invite me.....hehee

Ray said...

Kak Ummi,

Ray buat benda ni semalam lepas kerja!! Bukan apa, nak ngabiskan roti and susu sebab kebetulan hari ni nak outstation. Kebetulan bahan-bahan memang ada. Cuma Ray tak masukkan cinnamon, instead ganti dengan nutmeg powder (x suka sinnamon, tak tahan bau dia la..) and campur gak sunflower seeds (kuaci daa..) untuk fibre. Memang best. Hari ni share dengan colleagues, diorang suka:)