Wednesday, May 19, 2010

Nasi Ayam Original

Dah lama sangat rasanya x buat nasi ayam....u all perasan x? Hehee...lama x buat bukan maknanya lama x makan nasi ayam ni....duk makan orang lain masak jek..sebabnya anak2 akak ni memang kureenggg sikit bab nasi ayam, diaorang mmg x layan langsung kalau akak beli tau...rupanya bila akak buat, pulak dah!! pakat2 makan banyak komaiiinnnn....aihhhh..bior betul...yg orang jual tu x sedap ke...akak makan rasa sedap jek, hehe...akak suka la sebab akak xyah masak, xyah cuci pinggan, xyah kemas2 dapur..hahaaa...Tapi yang ni mmg best pada tekak akak..mmg ori laaa....betul-betul "ho liawwww" (*aihh dah macam mee udang pulak!)....K, layan la resepi dari Try Masak ni....so jom la pakat-pakat try resepi ni pulak...


NASI AYAM ORIGINAL

Resepi : Try Masak

Bahan untuk Nasi
  • 2 cawan beras
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 3 sudu besar mentega
  • Garam (secukup rasa)
Bahan untuk Ayam dan Sup
  • 500 gm ayam
  • 2 sb. kicap pekat
  • 1 sb. sos cili
  • 1 sk. minyak bijan
  • 20gm lobak jeruk
  • 1 inci halia dihiris memanjang
  • 1 ulas bawang putih dihiris memanjang
  • Garam secukup rasa
Bahan untuk Air Lada
  • 6 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 1 sk. minyak bijan
  • 1 sk. cuka
  • 2 sk. gula
  • Garam secukup rasa


Cara-Cara Memasak:
  1. Renehkan ayam bersama sedikit garam hingga ayam masak dan empuk.

  2. Keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.

  3. Air rebusan selebihnya direneh lagi bersama lobak jeruk, hirisan halia, dan bawang putih untuk dihidang sebagai sup.

  4. Seterusnya, campurkan sos cili, kicap dan minyak bijan. Curah ke atas ayam dan gaul sebati.

  5. Goreng ayam tanpa minyak hingga kering bersama sos.

  6. Untuk nasinya - cairkan mentega dan tumis bawang putih, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.

  7. Curahkan 2 cawan air rebusan ayam tadi, masukkan beras dan garam.

  8. Untuk air lada - Kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam, dan air rebusan ayam.

    Hidangkan nasi bersama ayam, air lada dan juga kicap.


5 comments:

ijayuji said...

Salam kak ummi! nasi ayam original 4 bungkus siap k :D, cepat antar tauu nak buat lunch, lmbt sampai kita tak bayor free jerr hihiihi...

Jay said...

Hy Dear,
chicken looks so juicy, spicy n rich. Just can't stop myself from tasting it.

ain said...

sy pun lama dh tak mkn ns ayam sbb bila tanya anak2 nak mkn nasi ayam takk..??? they all jawab ramai2...tak nakkkkkkkk!!!!! melopeh lagi nak mkn homemade ns ayam.huhu

sz | m.a.s.s said...

salam kak, anak2 kecik sy suka lg makan nasik ayam...sbb kaler kuning..aduhai anak2..hhehehee

♥LOVE2COOK♥ said...

Akak, sedapnye nasi ayam tuh! nak jugak...uish uish...terliur tgk! ;)