Friday, May 28, 2010

Bilis Dan Petai Berlado

Okayyy ni nak buat siaran lauk malam semalam....masak sempoi gilerr...sebenornya malas nak masak...tapi ntah laaa..termasak jugak...wahahaaa....xleh duk diam betul tangan ni...tp masak sempoi2 je la, kata orang lauk tambahan...yang lain tu lauk biasa2 dah posing..lauk ni walaupun sempoi tp x penah posing lg rasanya...so layaaannnn...hb suka sangatlah lauk kampung camgini...habis separuh piring tu dimakannya, ntahlah berapa pinggan nasi...hehee...

BILIS DAN PETAI BERLADO

Bahan:-
  • 250 gm ikan bilis yang agak besar, disiang dan dibelah dua (akak beli yg dah siap belah)
  • 2 papan petai - belah dua dan ambil isinya
  • 4 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 15 tangkai cili padi - ditumbuk
  • 3 tangkai cili merah - ditumbuk
  • 1 sudu besar air asam jawa/cuka
  • gula dan garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dengan api sederhana.
  3. Masukkan air asam jawa/cuka, garam dan gula secukup rasa. Masak biar kering sikit.
  4. Masukkan petai dan kacau rata sebentar.
  5. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng tadi dan kacau sebentar hingga bergaul mesra. Tutup api dan hidangkan.

5 comments:

izahdaut said...

adeh.. petai la..sedapnyeeee. ni tumbuk skali ngan tempoyak pedas2 makan...bepeluh satu badan..allahaiii sedapnyee

MamaFaMi said...

Abang Ummi makan separuh pinggan, kalau dapat kat ma, habis sepinggan kot!

♥LOVE2COOK♥ said...

Uish, looks too yummy! I too love this dish! Nak tumpang ngan MamaFami! ;)

Jay said...

Awesome recipe with tempting click.

wendyywy @ Table for 2 or more..... said...

Sempoi ke??? Takde lah.
Saya suka ler.. petai, tak kira masak macam mana.