Tuesday, May 18, 2010

Kuih Bakar Pandan

Hari minggu baru ni akak wat kuih ni untuk minum petang...tekak teringin sangat pulak nk makan kuih bakar yang sedap, lembut, lemak dan kurang manis...So akak try la resepi dari Kak Wan (Citarasawan) ni...memang kena dengan tekak, pastu bakar pulak dalam muffin casing camni, kasi garing2 berkerak pulak...best weyyyyy...Terima kasih Kak Wan...Mintak izin C n P kat sini pulak la yaa...


KUIH BAKAR PANDAN
Resepi : Kak Wan

Bahan-bahan :
  • 250 ml air
  • 6 helai daun pandan(di blend bersama dan tapis) (*akak bancuh air dengan pandan paste jek)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 200 ml santan pekat
  • 250 ml air
  • 3 biji telor gred B
  • 2 sudu besar mentega - dicairkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 sudu teh pewarna hijau epal
Sedikit bijan atau kismis untuk hiasan

Cara-cara :-
  1. Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
  2. Lenser acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c.
  3. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, tabur dgn bijan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dipotong.

sedapnya dimakan bila garing-garing berkerak camni....

6 comments:

ain said...

good idea la kak bakar dlm muffin tray ni. comel2, tak yah susah2 nak potong2. ngap terus je dlm mulut. nanti2 klu buat kuih bakar, nak buat mcm kak ummi lah.

Ila said...

Slm ziarah kak umi..wah cm best n sng jer nmpak resepi ni? leh la try nnt. Tp ingredient byk tu agak2 leh mkn utk bp org kak?

CT Delima said...

sedap...sedap..sedappp! ct pun suka bt kuih bakar kat umah ni. hari2 buat kuih jer kat umah cuma malas dah nak masuk kat Dapur CT tu..hehehe

Kuih bakar ni memang tak jemu kalau makan, nak2 kalau dia garing2 lagi lah sodap kan!! ekekeke

ima said...

salam kak ummi...wahhh bagus gak ye wat kuih bakar dlm acuan muffin ni...lebih banyak dapat kerak2 dia dan lebih senang nak makan...selalu saya wat kuih akok dlm acuan muffin...lepas ni saya nak cuba kuih bakar lak...tq kak ummi...

ijayuji said...

Salam kak ummi! haaaa..ni mesti akak dah abiskan kuih bakar tu kan kan kan, amboii mkn tak ajak pung! nak merajuk niii nak curik kamera akak hihihi..

Idaman Hati said...

Salam Ummi, Salam Perkenalan, sebenarnya saya selalu masuk blog ummi tapi ari ni mengerakkan hati saya yang sayu ini untuk melabuhkan kata-kata kat blog ini. Sebab bila ummi masak kuih bakar ni teringat kat arwah ayah saya minta saya buat kuih bakar camni tapi saya tak pandai,saya cuba gak tapi keras boleh baling kat dinding ayah saya tetap telan jer...tulah kali pertama dan terakhir dia merasa kuih bakar saya dan petang tu dia menghembuskan nafas terakhirnya saya sedih sebab masa tu tak pandai cari resipi kat blog/internet....kalau dulu saya tahu berblog dah tentu ayah saya dapat merasa kuih bakar yang sedap.... camni....