Wednesday, May 12, 2010

Sup Daging Kentang Ringkas

Ingatkan xyah letak entry "malas-malas" camni...tp kang orang mai rumah ni xda apa pulak nk cium bau...kan, kan...so akak letak jugak laaa menu paling ringkas tapi tetap beraroma, mudah dan sesuai untuk orang yg malas nk fikir sesak2 otak nk masak apa kan...wakakaaa...amboiiiihhh mak ayat, komain..tp yang camni la akak tengok hb sampai hirup kuah..heheee..sebabnya kena sangat dengan ikan tenggiri sira cili padi...hahaa, sekali lg resepi tu dpt permintaan...Najwa kata kalau mak masak nasi air lauk camni lg best...ek eleee, lain kali la wat nasi lembik gitu...ni mak buat nasi lembut2 jek..hehee...layan je ler yeaa...


SUP DAGING KENTANG RINGKAS

Bahan:-
  • 300 gm daging - hiris nipis lebar 2 inci
  • 1 sudu besar rempah sup tulang
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu kecil lada hitam yg ditumbuk
  • 2 biji kentang - dikupas dan potong 6
  • 1/2 batang lobak merah - hiris nipis
  • 1 cm lengkuas - diketuk
  • sedikit suun
  • 1 biji tomato - belah 6
  • 1000 ml air / secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula (optional)
  • sedikit daun sup
  • sedikit daun bawang untuk tabur
  • bawang goreng - tabur (*x buat pun)
  • 1 biji cili merah - potong serong
Bahan Tumis:-
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum cengkih
  • 1 kuntum lawang
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 inci halia - diketuk
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan kacau sekejap dan masukkan air. Masukkan lengkuas, rempah sup, rempah kurma dan lada hitam.
  3. Biarkan daging 3/4 empuk dan masukkan kentang. Biarkan kentang empuk sedikit.
  4. Kemudian masukkan lobak dan suun. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
  5. Seimbangkan rasa dan masukkan tomato dan daun sup. Tutup api.
  6. Hidangkan panas-panas dengan taburan cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Ringkas kan??? Hehe..


Ikan tenggiri sira cili padi lawannya...mmg ngam!

6 comments:

Fazira said...

sedapnya ummi ...

simply ...tapi cukuplah bagi orang yg duduk di perantau nie...
ini yg semangat nak masak nie.

MamaFaMi said...

Salaam Ummi...
Menu yang sesuai untuk orang yang demam ni... tapi tu la, kalau terus disuakan dengan sup, kan best. Tak yahlah orang yang demam ni kena masak sendiri...

ain said...

dua hari lps pun sy buat sup ayam!! semlm mkn sup tulang...tp yg ni beli lah.hehe

ijayuji said...

Salam kak ummi! kita byk stok daging yea yea.. buat sup mmg sedap nak2 mkn yg pedas2 masam2 gitu.. hai! mintak semangkuk! :D

Uncle Lee said...

UMMI, You are a dangerous lady, ha ha ha.
Terok la bila saya datang sini, betul macham kena torture.
I can practically get the beautiful scent of your looks so delicious beef soup.
Macham ni, da tentu, no problemos, tiga pingan kilat, ha ha. Not lichin.

Ummi, senang datang, I have something very nice for you.
Have a nice day, Lee.

Ummi said...

Fazira -
Haha..sup mcm ni kalau dpt sesekali mmg sedap kan, pada hal sempoi je nak masak..

MamaFaMi -
Alaaa ciannya Mama..kalau dekat dah lama Ummi antar dan suapkan terus tau Ma..dah makan ubat tak kebah2 jugak ke? Moga cepat sembuh ya Ma...kita cayang awak tauuuu..muaahh!

Ain -
Hehe..xpa la Ain, sesekali rasa air tangan org pulak..hehe

Ika -
Uiih daging byk tu..leh la buat..nk mintak yg akak dah licin dah pun..hehe

U.Lee -
Haha..thanks for your compliments and invitation Lee. I'll be there as soon as possible..hehe