Thursday, April 29, 2010

Nasi Aswan

Salam, dah ada idea nak masak apa tengahari ni?? Meh masak Nasi Aswan ni..Hehee..baru nak letak resepi nasi ni...lauknya dah letak semalam..hehe..kiranya makan nasi hari ni berlaukkan yang semalam...boleh gituu?? Tapi one thing for sure, Nasi Aswan ni memang sangat sedap...makan camtu je pun dijamin habis sepinggan..betul nih! Tak tipu punyer...Rugi pulak masak sikit..hehe..Actually, akak masak nasi ni pun sebab nak match dengan Kurma Daging Tomato tu...Resepi asal dari Chef Asmah Laili ni dikongsikan oleh Aidah. Terima kasih banyak2 Aidah kerana sangat puashati memasaknya, ha berkelentung-kelentang akak masak balik kerja tu, walaupun akak terpaksa dah hadkan makan nasi ni, konon2 nk diet...3 sudu gitu, boleh? wakakaa..Akak masak nasi ni sikit je dari sukatan asal, sebab tinggal bertiga je...2 cawan beras dan adjust lah sekali bahan2 lain tu..So, langkah seterunsya adalah copy, paste and edit kat sini la pulak yea...Thanks Aidah! Rugi rasanya kalau tak cuba ni....

NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili)
Sumber : Aidah

Bahan-Bahan:
(yang bertanda * dalam column tu, sukatan bahan ikut 2 cawan beras)
  • 1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
  • Air mengikut paras beras (* akak masak 2 cawan beras, airnya letak 3 cawan)
  • 1 ekor ayam - potong ikut suka (*4 ketul ayam)
  • 5 biji bawang besar - potong dadu (*akak guna 1 biji bawang besar)
  • 8 ulas bwg putih - dicincang (*akak letak 2 ulas)
  • 2 jari halia muda - dihiris (* akak letak 2 cm)
  • 10 biji tomato segar - dipotong dadu (*akak kisar 2 biji tomato sederhana)
  • 1 tin kecil tomato puree (*akak letak 2 sudu besar)
  • 10 biji buah pelaga -dipecahkan (*2 biji)
  • 5 kuntum bunga cengkih (*2 kuntum)
  • 5 cm kayu manis (* 1 inci )
  • 1 sudu teh serbuk lada putih (*1/4 sudu teh/secubit dua)
  • 1 cawan minyak conola - (*akak guna 2 sb. butter)
  • 1/2 cawan hirisan daun ketumbar (* akak x hiris pun, letak je 2 3 btg gitu)
  • 1/2 caw daun pudina (* 1 sudu besar )
  • garam secukup rasa

Bahan hiasan untuk ditabur:

  • 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 caw hirisan badam goreng (* akak x letak, ganti raisins)
  • 1/2 caw gajus goreng (*akak x letak pun)

Cara-Cara:-

  1. Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
  2. Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
  3. Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
  4. Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).
  5. Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
  6. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
  7. Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
  8. Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
  9. Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.

10 comments:

noni said...

assalamualaikum kak ummi,
apasal namanya nasi aswan kak?
ada beza ke rasanya dgn nasi kabsah? coz tengok pd resepinya hampir nak sama ngan nasi kabsah yg pernah saya cuba.. guna resepi dr you tube. mmg sodaappp.

aidah said...

Salam Ummi,

Tak kisahlah, dah memang niat sy berblogging untuk berkongsi resepi. Tak kisahlah dipersilakan ambik, lagipun sy pun ambik dari Chef Asmah Laili, hehehe.

Love2cook Malaysia said...

KakUmmi, really envy U la! hehehe...sedapnya akak masak! Mintakkkk! ;)

MamaFaMi said...

Adik beradik nasi briyani tanam eh Ummi. Rumah kita, kalau masak nasi macam ni, agak koreng jalan. Cuma kita dengan Syahmi je suka. Tapi who knows, kot pukulan nasi Aswan ni boleh lain cerita pulak kan...

E-na Zarina said...

Salam k.ummi..
nasi aswan pulakkk..ader jer resepi mengancam nafsu lah ummi ni...

Lee said...

Hi Ummi, ahhhh, ini saya ta'perna makan. But it looks really nice a delicious. I bet it smells wonderful too looking at what you have in your recipe.
Good for breakfast or bila pergi Telok Chimpedak for picnic, ha ha.
Wonder how it tastes bila bulan terang, ha ha.
Have a nice day, Ummi....jangan lupa tu chilli merah lipstick, Lee.

ijan said...

Salam Kak Ummi....
Mana tuan tanah nie? selamat hari pekerja... cuti jugak ke homesweethome ni? hehehe

rxlite said...

salam ummi,

mmg mengacam tgk...


RxLite

Unknown said...

salam ziarah..

Rxlite Worldwellness - Kecapi Berat Badan Ideal Anda Hari Ini
Resepi Masakan Disini
Internet Radio Live Disini
Download Lagu Disini

Syue Mustafa said...

Kak Ummi, nasi ni memang sedap sangat. Masa raya hari tu saya masak nasi ni sampai 5 kg beras. Ayam dia pun sedang sangat. Last week saya masak nasi untuk potluck kat opis. Semua puji sedap. Thanks sebab kongsi resepi ni.