KONNYAKU JELLY MEDLEY
Bahan-bahan:
- 1 pack konnyaku jelly powder (berat 10 g), boleh lihat contoh disini...
- 150 g gula halus (belasah gula pasir pun ok)
- 800 ml air
- 1/2 camca teh biji selasih, rendam hingga kembang dan toskan
- 300 ml air (xtra)
- Beberapa titik pewarna makanan pelbagai warna (mat guna kuning, merah, ungu dan biru)
- Longan dalam tin secukupnya, ditoskan dan hiris (nak masukkan apa2 jenis buah pun ok)
Cara Membuat:-
- Satukan serbuk jelly dengan gula, kacau rata.
- Jerang air (800ml) tadi hingga panas, masukkan serbuk jelly + gula dan kacau dengan whisk hingga gula larut. Biarkan mendidih sehingga bancuhan berwarna kelabu.
- Tambah air (yang 300ml tu) dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan bertukar jernih.
- Bahagi bancuhan tadi kepada 4 bahagian dan letakkan pewarna kesukaan pada setiap 1 bahagian, kacau rata dan masukkan juga biji selasih, kacau lagi.
- Sebelum tu, isi potongan longan dalam bekas2 comel untuk membekukan jelly.
- Tuang no 3 tadi sehingga penuh. Biarkan hingga wap panas hilang dan simpan dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan dingin.
4 comments:
berseri2 warna jellynya...bebudak mesti suka, nampak menarik
wowwww...nak yang merah tu yeaa....eh hijau nak jugak!!!...hehehe
salam kak ummi,
comey2 nya bila jelly wane wani camni. seronoknya kalu bole mkan. yum yum...
walaupun ungu terlebey kaler, saya nak yg ungu jugak! soo pretty..:)
adeiih.. page kak ummie ni tak penah gagal membuat sy terliurr..ishk!!
(mano laaa den nk carik gelatin ni? kekaler punnn tatau nk carik mana)
Post a Comment