Monday, April 12, 2010

A Simple Peach Sponge Cake Just For You Dear!

Assalamualaikum...Today I would like to wish a very Happy Birthday to the one who's filled my life with so much love....!! Yeap, the best part of every day is sharing it with a husband like you...Happy Birthday Honeyyyy!!!! May Allah swt. bless you always and all your dreams come true...Here, I prepared this very simple cake for you dear!! Hope you'll like it...muaaahhh!!

Harap-harap dengan hidangan kek tak seberapa tp penuh ikhlas ni, akan sentiasa bertambah kasih sayang abang terhadap Ummi dan anak-anak....Ummi panjatkan kesyukuran kepadaNya dan didoakan juga semoga abang panjang umur, murah rezeki, sentiasa diberkati dan dilimpahi nikmat dan rahmatNya selalu., amiiinnn ya Robbal A'laminnn...


Sorilah ya bang, kek ni xda fresh cream topping, x cantik sangat laa, Ummi sembur aje dengan light cream....xpalah ikhlas dari Ummi ni, sedap bang kan, dah jamah pagi tadi dah...hehehee....Resepi kek ni akak cilok dari Kak Liza's Fotopages laaa..sebabnya sempoii sangat nak buatnya....tu akak suka tuh..Meh layan resepi pulak eh...Resepi asal kak Liza ni menggunakan fresh cream topping, tp akak xda stok la..maleh dah nk gi cari dah petang2 smlm.

PEACH SPONGE CAKE
Bahan:-
  • 250 gm tepung coklat sponge mix (*akak guna plain sponge mix je)
  • 3 biji telor ayam (akak guna saiz M)
  • 125 ml air
  • 125 ml minyak (akak guna minyak jagung)

Cara:-

  1. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 175C.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam mangkuk cake dan pukul pada kelajuan tinggi selama 8 minit.
  3. Masukkan minyak dan pukul lagi selama 2 minit.
  4. Masukkan adunan dalam loyang bulat 7" yang telah disapu mentega dan dialas kertas minyak.
  5. Bakar selama 25 - 30 minit. Biar sejuk dulu dalam loyang, baru dikeluarkan.

TOPPING (akak x buat topping pun)

Bahan:-

  • 1 tin buah peach - sedikit dicincang halus dan yg lain boleh dihiris.
  • 250 ml fresh cream separa sejuk (RICH or Topping Ace)
  • ceri merah (ikut suka)

Cara-cara:-

  1. Masukkan fresh cream dalam cake mixer dan pukul sehingga gebu. (bila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak jatuh).
  2. Letakkan kek di atas "cake turn-table" supaya menyenangkan kerja sapuan cream.
  3. Kek dibelah dua dan basahkan permukaan lapisan kek bawah dengan sedikit jus peach.
  4. Sapukan cream dengan berhati-hati. Taburkan buah peach yang telah dicincang kecil disekeliling permukaan kek.
  5. Tutupkan semula lapiasan atas kek tadi dan basahkan lagi dengan sedikit jus peach.
  6. Sapukan cream di bahagian permukaan kek dan kelilingnya.
  7. Hiaskan buah peach mengikut kredibilit masing2.

9 comments:

K.Nor said...

happy birthday to cik abg ummi ya.. semoga dipjgkan umur dan dilimpahkan rahmat serta keberkatan dlm kehidupan...

ummi nk kek.. tapau ek.. nk bawak bekal g KL dah ni... daaaaa..... :(

E-na Zarina said...

Salam k.ummi..
Hepy besday utk hubby akak..semoga sentiasa di dalam rahmat dariNya...dan hepy always!

MamaFaMi said...

Happy birthday to your honey bun ye Ummi. Semoga segala usaha dipermudahkan dan diberkati. Moga beroleh kesihatan yang baik dan di dalam peliharaan Allah setiap masa.

Macam sedap je kek Ummi ni. Cam nak try je nanti... ish ish ish...

izahdaut said...

salam k.ummi.. slamat arijadi wat cik abg kak ummi yee.. smoga sentiasa sihat dan ceria disamping k.ummi terchinta..wah gitu.. nak sefotong kek tuh..sedap je toping die tuu

CT Delima said...

salam k.ummi, cantik nya kek untuk hubby tu :)

Happy Birthday to laling k.ummi ya. doa dari ct moga apa yang dihajati akan termakbul dan bahagia bersama isteri terchenta hingga keakhir hayat..aminnn


Miss you k.ummi..muahhh!

mizwa said...

as salam ummie...happy birthday to ur hubby..smoga kasih syang ummie sampai ke syurga..amin

Ayu said...

Happy birthday to your the other half, semuga dimurahkan rezeki danpanjang umur..sama macam kitalah aries ya kak ummi..hehe

Uncle Lee said...

Hello Ummi, here's wishing your hubby Many happy returns of the day. Happy Birthday, Sir.
I wish you many, many more to come, with lots of good health, sunshine and happiness always.

A birthday is just another 365 day trip around the sun, enjoy the trip and jangan lupa your sunglasses....
From Canada....HAPPY BIRTHDAY, SIR.
Best regards, you stay you, Lee.

Ummi said...

K.Nor -
Time kasih banyak Nor, alah x sempat nk kirim kek, Nor dah gi KL dah eh..Moga segalanya berjalan dgn baik ya Nor.

E-na Zarian -
Terima kash banyak bagi pihak hb akak ya Ina..

Mama -
On behalf of my beloved, thanks so very much Mama...so nice of you...okayy mmg sedap kek ni Ma, kalau Mama, sambil pejam mata je godek2 dah siap..hehe

Izahdaut -
Terima kasih bg pihak ya Izah...kalau nak rasa, meh turun Ktn ada lg separuh ni..Najwa suh simpan kat dia sikit..hehe

Mizwa -
wkmsalam..terima kasih byk bg pihak hb akak yaaa...semoga Mizwa pun begitu jugak..

Ayu -
On behalf of my hb, terima kasih bnyak2 Ayu...hehe..Ooo..Ayu Aries gak eh..mst cool je orgnya..hehe

Uncle Lee -
Hi Lee..On behalf of my hb, thank you so much and I do appreciate it! My hb did asked me to reply and thank to all of you for all the best wishes.
Lee, dia mmg suka pakai sunglass when going out...hehee..