Tuesday, April 13, 2010

Kuih Sagu Pelangi a.k.a Sagu Lapis

Pelik jugak kan, hujan xda, panas terik je sepanjang minggu...tiba-tiba pelangi keluar jugak eh..ni mmg pelangi silap enterframe kat sini nih...hehee...Okayy semua, jemput minum petang la eh...Maaflah ya, tuan rumah mmg xleh nampak sagu tau...masak aje lah apa kuih or letak dalam pengat ke, bubur ke...mesti x tolak punya...Kalau suka meh duduk sekali dengan akak, kalau x suka cuci mata je dengan kaler2 pelangi x cukup warna tu eh...
Resepi sempoi dan sedap la kepada penggemar kuih berasaskan sagu....Akak cilok dari dapur Citarasawan nih...Thanks banyak2 ya kak Wan.
KUIH SAGU PELANGI (SAGU LAPIS)
Bahan:-
  • 150 gm sagu halus
  • 130 gm gula pasir
  • 30 gm kelapa parut
  • 150 ml santan (akak guna santan kotak jek)
  • 1/2 sudu teh pewarna merah, hijau dan kuning

Kelapa untuk digaul:-

  • 200 gm kelapa parut
  • 1 sudu teh garam
Cara-Cara:-
  1. Rendam sagu selama 10 minit dan toskan.
  2. Adunkan sagu bersama kelapa parut, santan, gula dan kacau sebati.
  3. Bahagikan adunan sama banyak kepada 3 bahagian. Warnakan berasingan dengan pewarna merah, hijau dan kuning.
  4. Kukus selapis demi selapis hingga sagu kembang/masak. (lebihkurang 10 minit - dan untuk lapisan terakhir, akak kukus lama sikit lebih kurang 15 minit.)
  5. Biarkan sejuk baru dipotong dan digaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus sebentar 3 - 4 minit (agar tidak mudah basi).
Yang ni saja la letak dalam bekas kecik2, tp xleh byk2 lapis lerr...letak saki baki sikit2...

4 comments:

sariyusa said...

Salam, warna-warni & mnyelerakan sungguh.. saya sukaaaaaaaa..!!

E-na Zarina said...

Salam k.ummi...cantik banget itu sagu! suke comei2 ni...rajin lah akak ni!

cikmanggis said...

salam ummi..sedap tu sagu pelangi ni...main telan telan je..hehe tak perasan kenyang sb tak yah kunyah..eh budak BEN 10 ada kat sini hihi

indahhouse said...

salam kak ummi,
pandainya kak buat kuih sagu pelangi. saya buat kue sagu merah tu pun lom lepas lagi. huhu. bole mitak tips camana tak bagi sagu tu cair sangat, kak? :)