Friday, April 16, 2010

Sambal Udang Malbari

Okaayy ni pun menu masak sekali dengan ayam goreng madu petaling tu haa...cuma akak xdan nak entry sekali...Semalam balik x masak, sebab hubby nak belanja dinner dengan family adik akak sekali...pastu balik mcam maleh la pulak nk mengadap komputer....sori la eh...udah finished...hehee. Dah pernah buat dah ni....tp lama dulu. Xpa, akak tampal lg kat sini....sedap nih!


SAMBAL UDANG MALBARI

Bahan:-
  • 1 kg udang - dibuang kulit dan dibelah belakang dan bersihkan.
  • 3 sudu teh rempah kari ikan (*ummi guna kari daging Adabi)
  • 2 sudu teh biji sawi
  • 2 biji bawang besar - dadu
  • 2 senduk besar cili giling
  • 1 sudu makan tomato puree
  • 2 biji tomato - belah 4 (*ummi letak tomato cherry)
  • daun kari
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Cara Memasak:-

Gaul udang dengan garam dan sedikit serbuk kunyit. Goreng udang sekejap dan angkat. Ketepikan. Panaskan minyak lain, tumis bawang besar bersama serbuk kari, biji sawi dan daun kari. Masukkan cili giling dan tumis hingga garing. Masukkan tomato puree, garam dan gula. Masak hingga naik minyak dan masukkan udang tadi. Gaul rata dan biarkan pekat sikit. Akhir sekali masukkan tomato, tutup api.

3 comments:

BEN ASHAARI said...

salam ummi ,

baca yang last sekali tu ek.. pastu bagi link yer .. tqqqqqq

http://www.benashaari.com/2010/04/segmen-baru-minggu-hadapan.html

MamaFaMi said...

Mi... bila baca tajuk masakan kali ni kan... terus dalam kepala kita, keluar lirik lagi...

HERE WE GO ROUND THE MULBERRY BUSH, THE MULBERRY BUSH, THE MULBERRY BUSH...

hihii... jangan mare. Udang mu itew amat menggoda...

geraugebang said...

kita tak nak komen yang ni sebab yang ni gatal hidung...kita nak komen yang kat bawah tu...bukan, bukan, bawah lagi...ayam goreng tu....bestnyaa....