Wednesday, April 28, 2010

Kurma Daging Tomato

Menu dinner kelmarin ni..Ada daging dalam esbok dah x reti nak masak apa dah...Kelmarin ronda-ronda kat dapur Mat Gebu ni...nampak la pulak Kurma Daging Tomato ni punya lah tangkap leleh tauuuu...akak pun tengok bahan semua ok, ada jek...walaupun cerewet sikit la nk mengisar segalanya dalam waktu akak yang amat terhad balik kerja, tapi memang berbaloiiii...Wallaaaahhh!! Hubby kata sedap, my kids pun, me too..hehe...kira masak spesel la sikit malam kelmarin sebelum dia pergi ke Tioman pagi semalam....pagi semalam pun sempat lg dia mencicah kurma ni dengan roti...alaahaaiii, gemar bebenorrr...hehee...Thanks Mat, so macam bese lah, agenda seterusnya adalah Copy n Paste ya Mat, mohon halal...hehe

KURMA DAGING TOMATO

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 500 g daging batang pinang, potong kiub besar2, cuci dan toskan
  • 3 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 2 biji cili merah, dibelah dua
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 1/2 camca besar rempah kurma
  • 1 camca besar kerisik
  • 1 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar tomato paste
  • 1 liter air (*akak letak 600 ml jek, periuk penuh daah..hehe)
  • 1 cawan susu sejat
  • 1 camca besar bawang goreng
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 biji cili merah1 biji tomato
  • 2 camca teh lada hitam biji
  • 2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)

  • 3 biji bawang merah, dihiris
  • 1 biji bawang putih, dihiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah tomato pes, bahan kisar dan rempah kurma, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar daging kecut sedikit. Tuang air dan masukkan bawang goreng, gaum rata.
  3. Bila mendidih, masukkan kentang dan bawang belah. Masak hingga daging lembut.
  4. Masukkan kerisik dan susu sejat tadi.
  5. Tambah gula melaka, garam, belahan cili merah dan asam gelugor.
  6. Masak dengan api perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga kuah pekat dan kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

7 comments:

Sueozana said...

Slmlkm...
Ummi,kak sue nak hulur piring... kuah kurma ada lagi ke? nak cicah ngan roti ni...hehe..terasa2 sampai ke mlaka!

Jiejah @ Iza said...

kurma tomato ??
mcm best je , 1st time sy dengar.
bleh cuba nanti :)

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi KakUmmi, hru doing dearie??? Missed U!!!

Hehe, Love is back again...tapi internet connection blm okey lagi...tunggu phone line dari telekom...

Housewarming dah lepas kak...on 3rd April..keke! ;)

Take care dearie...see u!

azila said...

salam..jap ummi..zla tgh kagum ngan ummi ni sbb hari2 pon masak wpun keje..nak kena ikut jejak ummi neh...:)

maz said...

kak..lauk tu ada lgi ke..nk mtak bkus la..kita lauk2 xmsk kat umah..lapor lahh..

geraugebang said...

Salam,,,kalau masuk sini...mesti kita meroyan mengidam...macam-macam...huk huk hukkk

Syue Mustafa said...

Memang sedap resepi ni kak Umi. Hari Sabtu lepas saya masak. Memang menjadi. Thanks for sharing...