Friday, April 2, 2010

Rendang Ayam Resepi Kak Liza

Okaayyy ni la dia rendang ayam yang akak buat sempena Wedding Anniversary semalam...rendang yang mudah dan cepat aje nak sediakan bahan..bayangkan lah akak balik kerja terus kukus pulut (akak rendam semasa balik lunch) dan masak rendang ni pulak...bersilat kat dapur sungguh...tapi berbaloi2 masak rendang ni, x payah banyak2 bahan..sama je sedap dgn rendang lain yg menggunakan macam2 dan berderet2 bahan..cuma ada tambah sikit2 bahan jek..ikut tekak akak...hehe...Naahhhh...dari buku Senangnya Memasak AYAM Bersama Chef Hanieliza..Sangat sedap, hingga menjilat jari, kuku segala...hehe


RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api

Cara Memasak:-

  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

8 comments:

makcikkantin said...

salam ummi,

makcik dah termiss boat. Happy 22nd anniversary. Moga hidup aman damai & gembira & berkat hingga hujung nyawa ye.

Cantiknya hiasan pulut kuning tu

mak encik | SZ said...

selamat ulangtahun perkahwinan kak! nmpk menarik+sedaap pulut kuning & rendang ayam tu.. :)

Lee said...

Hello Ummi, it is 8.41AM Friday here, you 8.41 Friday malam. Alamak oi, terok pagi2 see your ayam buat saya macham torture, ha ha. Love this dish.

About my leaving for Tahiti, ha ha. actually saya lupa about this April 1st or April fool....till my good friend AL teased me via email about my last year's April fool joke 5 days ago.

Last year I posted about my wife expecting a baby and doctor confirmed triplets (at her age?).....as well thats also how Katrina the maid came into the story, ha ha.

Then I thought apa nak tipu this time, especially ada tu dua Police Chiefs, my good friends datang....
And by chance saya bacha newspaper see special holiday offer to Tahiti, itu la dia. I got the idea. And as I am familiar with writing official letters from old days....itu la dia.

Your hubby is sharp, he sniffed me out, ha ha.
I actually left several clues...first clue is Katrina's gambar in sidebar. Then I mentioned my wife not joining me.

As well the missing 'K' in the CEO, Director's name.
And the name of the 4 domestic helpers, last girl's name, 'Sukaulut'. Should be, 'Suka urut', ARHAAAA HA HA.

Hey, good joke, huh? Saya ketewa belum berenti la....especially that Shereen's comment, "Uncle, don't go, you too old, you will die with all those young girls there".
Alamak, terok saya ketawa la.

Saya ketawa dapat sangkut the 2 Police chiefs, ha ha...he says kena balek Academy, ARHAAAA HA HA.

You have a nice day, and I love women like you, ha ha....okay saya siap kan bandage you nak smack me, ha ha. Kaktiny wants to kill me, ARHAAAA HA HA.
Aloha oe, Lee.
PS, I will not reply the comments now, as ada lagi belum datang.
I will confess my ha ha, sins on Monday.

Amal Aizad said...

sedap sedap sedap!! :)

teringat rendang mama saya kat aloq setaq nu... uwaaa.. nak balik kampung~

Anonymous said...

salam PN UMMI,
saya Amira, saya dah cuba resepi puan... ianya menjadi namun kenapa ianya tak rasa seperti rendang yg selalu saya makan? maksud saya tak pedas and warna dia seakan2 kari ayam... anyway saya suka resepi ni mudah dan ringkas...

Anonymous said...

Salam.
Saya nak ucap terima kasih byk2 cos saya ni mmg tak pandai masak dari anak dara lagi. Tapi lepas kawin dan dah jadik ibu ni, pulunla belajar masak. Macam-macam resepi nak cuba walaupun tak pandai. tapi saya paling suka resepi kak ummi ni. banyak sgt memabantu saya improve skill memasak, uhuhuhu. walaupun kekadang tak berapa nak menjadi. Tapi resepi rendang ayam ni memang meletop u know... i like...

Anonymous said...

Salam, rendang Wak tak huna serbuk kati ke ketumbar atau jintan putih/hitam?

Kak Nita said...

Salam kak ummi,

saya dah cuba resepi ni ...sedapppp. nak minta izin nak share resepi ni ya..