Tuesday, April 6, 2010

Roti Keju Oregano

Semalam merajinkan diri meroti la pulak...dah x tau nak wat roti apa tauuu...last2 surf kat dapur Mat Gebu tu...tengok dia buat terliur la pulak...tapi akak punya ni mcm terlembik sikit, rabun ke akak ni sukat air dah x betul...Aih, apasal semenjak 2 menjak ni ada je kes bila wat roti, nak kata x ikhlas, eh kita ikhlas, xpun x buat la kan...hehe, pastu mula laa, nak gulung sikit punya seksa, longgar jek jadinya...cuma akak tak letak la badam panggang tuh, sah2 anak2 x suka, pastu x laku, akak jugak yg penuhkan yis dlm badan nih...uiihhh x kuasa teman....Nak tgk yang lawo dan kemas, tgk kat dapur Mat tu...Mat, akak C n P je ler yee...Ko suh akak wat pastry puff, tp belum sampai seru lagi la nak melipat-lipat pastry puff tu Mat..heheee
ROTI KEJU OREGANO (Alex Goh)
Sumber - CMG
BAHAN DOH :- (2 loaf tin - akak wat separuh jek)
  • 320 g tepung roti (high-protein flour)
  • 80 g tepung gandum (plain flour)
  • 20 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 camca teh instant yeast
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver
  • 220 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 30 g mentega

Bahan A...

  • 30 g parutan keju cheddar
  • 30 g cincangan kacang badam, dipanggang sedikit
  • Sedikit herba Oregano kering
  • Sedikit mentega

Bahan B...

  • 3 keping keju chesdale, dikerat 2 setiap kepingan
  • Oregano kering
  • Sedikit cincangan badam (*akak x letak ni)
  • 1 biji telur, untuk disapu
setelah dipotong, tengok la..roti ku yang longgar je gulungan, kelakor..hehee..tp semacam jek sedapnya..tgk tekstur dia tu kan..
CARA MEMBUATNYA :-

UNTUK DOH :- Satukan bahan2 doh dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul hingga menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Letak dalam bekas, tutup bekas dengan plastik cling dan biar terperap selama 1 jam atau doh menjadi sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", tunggu hingga siap.

UNTUK ROTI :-
  1. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi kepada 2 bahagian, uli sekejap dan bulat2 kan, biar 10 minit.
  2. Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi anggaran ketebalan 1/2 inci.
  3. Sapu dengan sedikit mentega, tabur keju, badam dan sedikit oregano kering (guna sebahagian dari bahan "A").
  4. Gulung ketat seperti swissroll.
  5. Kerat kepada 3 bahagian sama besar, kelar setiap potongan seperti dalam gambar, alihkan ke dalam loaf tin yang telah disapu mentega. Buat kaedah sama utk satu lagi bahagian.
  6. Biar naik sekali ganda lagi (lebih kurang 45 minit).
  7. Sapu kuning telur dan tabur badam (dari bahan "B").
  8. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit.
  9. Keluarkan roti, letak kepingan keju chessdale seperti dalam gambar, tabur oregano kering atas keju tadi dan sambung bakar selama 7 - 8 minit lagi hingga keju mencair.
  10. Keluarkan roti dan biar sejuk sedikit sebelum dikeluarkan dari tin.
sebelum dibakar

3 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Longgar pun tetap nampak mengancam Ummi...!

Drama Mama said...

wahh rajinnya buat roti. nampak sedappp ja walaupun longgar ka apa ka. hiks

http://twinkywinkystars.blogspot.com

ijan said...

Ayark...ni yg maleh ni. terus keroncong perut i masuk umah kak ummi nih tau :(